pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 8, 2012

Memang Zalim bila manusia sudah tamak kuasa



BEIRUT 7 Jun - Kira-kira 100 penduduk Syria terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan terbaru yang didakwa dilakukan rejim Presiden, Bashar al-Assad di wilayah tengah Hama, semalam.


Jurucakap Majlis Kebangsaan Syria, Mohammed Sermini berkata, serangan di perkampungan Mazraat al-Qabeer itu, 20 kilometer dari bandar tengah Hama, mengakibatkan 20 wanita dan 20 kanak-kanak terbunuh.

Menurutnya, ada juga di kalangan mangsa yang terkorban akibat ditikam, manakala 12 lagi mangsa dibakar.

Serangan terbaru itu berlaku tidak sampai dua minggu selepas pembunuhan beramai-ramai di Houla, di mana pasukan keselamatan dan militia Assad yang dikenali sebagai 'shabiha' membunuh 108 penduduk, separuh daripada mereka merupakan kanak- kanak.

Kedua-dua serangan tersebut berlaku, walaupun dengan kehadiran misi pemantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara itu ketika ini.

Kerajaan bagaimanapun mendakwa, pasukan tentera bertindak demikian bagi membanteras kegiatan militan di kawasan tersebut.

"Pasukan khas bertindak demikian bagi membantu penduduk Mazraat al-Qabeer dan berjaya menyerang kubu kuat pengganas. Beberapa anggota pengganas terbunuh dan kami berjaya merampas senjata mereka," menurut jurucakap rasmi kerajaan dalam satu siaran televisyen tempatan.

Namun, aktivis mendakwa tentera Syria sudah bersiap sedia di kawasan tersebut selama beberapa hari dan mula melancarkan serangan petang semalam. - REUTERS/AFP

2 comments:

Anonymous said...

Malaysia patus putuskan hubungan diplomasi dengan Syiria... Panggil balik duta dan halau duta Syria

Kedah La said...

Kedah La nak copy paste berita ni..TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog