pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 8, 2012

Ahli Parlimen Merbok dan Adun Merbok makan gaji buta !!!!


Terbukti wakil rakyat Merbok dan Ahli Parlimen Merbok  gagal dalam melaksanakan tanggungjawap yang telah di amanahkan supaya membela nasib rakyat.

Pisau Kedah tak tahulah apakah yang di lakukan Adun Merbok, YB DR Hamdan  sebagai wakil rakyat , sehinggakan rakyat di kawasannya menderita namun tak di bela dan jarang sekali turun padang melihat masyarakat .

Apa yang Pisau Kedah dapat maklumat juga,  Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din  pulak entah ke mana mampos,langsung tak pernah turun padang bertanya khabar dan di khabarkan Rashid Din juga tidak akan bertanding pada PRU 13 ini kerana muak dengan sikap orang dalam PKR terutamanya Saiful Izham,Ketua PKR Cabang Merbok yang bakal bertanding di PRU 13 nanti.

Bagi membuktikan Adun Merbok dan Ahli Parlimen Merbok gagal, cuba anda baca artikel di bawah.


Nelayan Kecil Tinggal Di Rumah Usang Dapat Pembelaan.

Tajul meninjau keadaan rumah yang uzur.

SUNGAI PETANI - Nasib seorang nelayan kecil yang tinggal di sebuah rumah yang bocor dan dimasuki air semasa hujan mendapat perhatian Pengawai penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain selepas berkunjung ke rumah tersebut semalam. 
Abdullah Mat Isa, 46,  yang menetap di Kampung Pengkalan Bujang, Merbok dekat sini, tinggal seorang diri di rumah usang tersebut selepas kedua  ibu bapanya meninggal dunia.
Rumah itu yang tidak mempunyai bilik tidur dan sudah reput dimakan anai-anai, hanya ada sebuah katil serta bilik air yang rosak. 
Lebih menyedihkan, apabila hujan, dia basah kuyup disebab keadaan bumbung yang bocor kerana beliau tidak mampu membaikinya dan masalah itu berlarutan sejak dulu lagi.
Abdullah juga mendakwa, pernah meminta bantuan wakil rakyat kawasan ini, tetapi tidak dihiraukan termasuk mengadu perkara ini kepada Exco kerajaan negeri. 
“Saya terpaksa tinggal di rumah ini kerana tiada rumah lain, selain biasa dengan keadaan ini. Walaupun rasa kurang selesa, apa boleh buat kerana ini saja tempat yang ada selagi saya masih hidup", 
“Apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak mampu bekerja kecuali menangkap ikan dan pendapatan yang didapat cuma dapat menampung pembelanjan harian sahaja,” katanya.
Sementara itu, Tajul Urus berkata, beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan khas daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal supaya kerja bina semula dapat dilakukan. 
Menurutnya, keadaan rumah itu memang teruk kerana terlalu usang dengan lantai papan yang pecah di banyak tempat dan berlubang, manakala bumbung rumah bocor dan tidak selamat untuk didiami selain pernah beberapa kali dimasuki ular dan binatang liar. 
Tambahnya lagi, rumah tersebut akan runtuh jika kerja baik pulih tidak dijalankan kerana rumah tersebut terlalu usang dan reput. 
Beliau berharap Abdullah dapat bersabar sementara permohonan peruntukan khas itu diproses.

1 comment:

Anonymous said...

Tajul beli hang suruh tulis artikel ni ka? Belanja aku sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog