pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 9, 2013

Video Eksklusif !!! Masyarakat Cina Kedah Kritik Hebat Belanjawan 2013 Negeri Kedah #tukarkedah


Baru-baru ini, Pemuda BN dengan besar hati telah menganugerahkan Sijil Penghargaan kepada Azizan Razak di Wisma Darulaman kerana telah membuatkan Kerajaan Negeri akan mengalami Defisit yang paling tinggi di Malaysia di sebalik Belanjawan 2013 Negari Kedah.


Di sebabkan sijil anugerah yang di perolehi Azizan Razak, ianya telah membuat Blogger, Faceboker penjilat PAS Kedah termasuklah Si Ketua Pengarah Penerangan Kerajaan Negari Kedah, Zulkifli Yahya ( Zulkifli Yahya di percayai terlibat langsung di dalam merangka Belanjawan 2013 Negeri Kedah ) bagaikan di serang penyakit gila khinzir mengamuk mengkritk tindakan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham yang mewakili pemuda BN tanpa berlandaskan fakta yang di perjelaskan bagi mempertahankan Belanjawan 2013 Negeri Kedah.

Mari kita dengar kritikan dari Dr Lee Yeng Wang, yang mewakili masyarakat Cina Sungai Petani terhadap Belanjawan 2013 Negeri Kedah yang di lihat belanjawan yang cukup teruk sekali.




Dalam belanjawan Kedah 2013 yang di bentangkan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah di dalam sidang Dun baru-baru ini, Kerajaan Negari akan memperuntukan sebanyak RM 1.1 Billon untuk belanjawan mentadbir Kedah.

Di dalam belanjawan RM 1.1 Billon, Azizan Razak membentangkan pendapatan Kerajaan Negeri pada 2013 di anggarkan sebanyak RM 640 Juta iaitu penambahan 105.6 juta dari jumlah pendapatan pada 2012 yang berjumlah RM 550 Juta.

Sekiranya peruntukan RM 1.1 Billion, pendapatan pulak RM 640 juta. sudah nyata Kerajaan Negeri akan mengalami defisit RM 470 juta yang tidak tahu dari mana akan Kerajaan Negeri mencari sumber untuk menampungnya.

Penambahan RM 105.6 Juta dari jumlah pendapatan RM 640 juta itu, bakal di sumbangkan dari hasil premium tanah yang di jual melalui tanah di Alor Setar, Bandar Baru dan Langkawi. Selain itu penambahan juga di perolehi dari penjualan air mentah kepada syarikat SADA dan Kerajaan Negari Pulau Pinang.

Untuk makluman semua, pendapatan melalui hasil premium penjualan tanah di dua tempat yang dinyatakan dalam belanjawan 2013 belum pasti lagi kerana tanah berkenaan masih berada di dalam kes Mahkamah untuk perbicaraan.

Manakala dari segi hasil penjualan air mentah, Pulau Pinang melalui Lim Guan Eng menyatakan enggan bersetuju dengan harga penjualan air mentah seperti di sebut dalam belanjawan Kedah 2013. Berkenaan Syarikat SADA pula, dari Maklumat yang di perolehi sumber dalaman, Syarikat terbabit tidak mampu membayar sebanyak RM 30 Juta kepada Kerajaan Negeri kerana sebelum ini Syarikat SADA hanya mampu membayar RM5 Juta untuk membeli air mentah dari kerajaan negeri.

Seandainya Kerajaan Negeri tetap berkeras mahukan Syarikat SADA membayar RM30 Juta untuk membeli air mentah Kedah, sudah pasti Syarikat SADA akan terpaksa menaikan tarif air untuk menampung permintaan Kerajaan Negeri.

Ini menunjukan Kerajaan Negeri di dalam mahu menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri, rakyat terpaksa di bebankan dengan menangung kenaikan tarif air dari Syarikat SADA.

Selepas ini pihak Team Media Kedah akan mendedahkan satu persatu penipuan Kerajaan Negeri di dalam mengatakan jumlah pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM640 juta... Nantikan !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog