pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, January 2, 2013

Panas !!! Guru Agama Berkelakuan Lucah Terhadap Pelajar Lelaki.



Di Kuala Terengganu, seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang peserta lelaki perkhemahan pengakap di kem Telaga Batin, di sini, April lalu. 
Bagaimanapun, tertuduh, Wan Mohd Shahrul Nizam Wan Abdullah, 30, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 377e Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan. 
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa pada 22 April lalu lebih kurang jam 11 pagi di Kem Telaga Batin, di sini, telah merangsang seks terhadap mangsa, murid tahun enam untuk melakukan satu perbuatan kelucahan melampau. 
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh, bapa kepada dua anak itu direkodkan, Majistret membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes disebut semula. 
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Pisau Kedah :-

Ramai mengatakan Guru KAFA ni kebanyakan penyokong PAS. Betul Ka ??. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog