pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 11, 2013

Hot !!! Isu Kalimah Allah, PAS Bakal Hilang Dua Tokoh Ulama.



Dua orang ulama Pas terkenal Datuk Harun Din dan Datuk Harun Taib dijangka mengumumkan tindakan mereka keluar daripada parti tersebut dalam sedikit masa lagi.

Harun Din dan Harun Taib merupakan dua pemimpin Dewan Ulama Pas yang secara terbuka membantah sokongan Pas terhadap permintaan Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di Semenanjung Malaysia dibenarkan menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah.

Harun Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar daripada Pas dan menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah beliau.

Sementara Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib telah dinasihatkan oleh rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas buat masa ini walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti dan Mursyidul Am Pas. Mereka berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.

Bagaimanapun cakap-cakap politik dalam Pas dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang rapat dengan kedua-dua ulama Pas ini menunjukkan bahawa hanya jalan keluar memang telah dimuktamadkan, hanya masa atau bila yang menjadi perbincangan.

Ada sumber yang rapat dengan Harun Din berani menyatakan bahawa Jumaat ini atau Jumaat depan bakal menjadi tarikh penting kepada bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Harun Din kelihatan sangat sedih dan tidak lagi berbicara seperti biasa dengan rakan-rakan dalam Pas sejak Hadi Awang membuat kenyataan menyokong permintaan Lim Guan Eng.

Untuk meninggal sebuah parti yang beliau dokongi sejak 1974 bukanlah merupakan sesuatu yang pernah beliau fikirkan sebelum ini. Beliau sendiri tentu tidak menyangka bahawa sebelum akhir hayat beliau, beliau terpaksa melihat maruah Islam dipijak-pijak oleh parti beliau sendiri.

Harun Din dilaporkan telah beberapa kali bercakap dengan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin mengenai isu ini. Ketika ustaz Nasharuddin tidak dapat meninggalkan Pas kerana baiah semasa pilihan raya lalu, Harun Din tidak terikat dengan baiah tersebut kerana beliau bukan wakil rakyat Pas. Malahan Harun Din dikatakan tidak pernah mengadakan baiah seperti itu.

Kemungkinan Pas akan kehilangan dua Harun ini dalam masa terdekat sangat sangat realistik berdasarkan tingkah laku kedua-dua mereka ketika memberi kenyataan akhbar dan juga ketika bersembang dengan rakan-rakan seperjuangan. - MYKMU

2 comments:

Abu Syaukah said...

UMNO mungkin ditinggalkan MCA gara2 kalimah suci "Allah"

Anonymous said...

pas gadai sbb gila nak kuasa. http://kembarapolitik.blogspot.com/2010/01/kalimah-allah-kerana-pulut-santan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog