pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 10, 2013

Dalam Isu Kalimah Allah, Khalid Ibrahim Lebih Mulia Dari Hadi Awang


Dalam keputusan membenarkan tuntutan DAP terhadap pengunaan kalimah Allah dalam Bible Versi Bahasa Melayu yang di lakukan di dalam muzakarah majlis fatwa Pakatan Haram yang di ketuai Anwar Ibrahim baru-baru ini. Khalid Ibrahim dengan beraninya menolak keputusan tersebut dan menganggap kalimah berkenaan merupakan kalimah suci buat orang Islam, agama lain tidak berhak menggunakannya.

Pisau Kedah buat julung-julung kalinya memuji tindakan Khalid Ibrahim yang berpendirian tegas walaupun Khalid Ibrahim bakal berhadapan dengan  kritikan hebat oleh musuh-musuhnya dalam PKR terutamanya Azmin Ali.

Yang Pastinya selepas ini, sesetengah penyokong Pakatan Haram yang tak ada akal fikiran akan menghina pendirian Khalid Ibrahim kerana mengikut Titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.

SHAH ALAM: Selangor akur dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah adalah kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada tetapan yang sudah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010. 

"Mengikut warta kerajaan, lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan membangkitkan semula isu kalimah Allah melalui laman blognya dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Berikutan gesaan itu, Sultan Selangor melalui Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan satu kenyataan semalam dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.

Sultan Selangor turut menitahkan Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang sudah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor.
Mengenai pendirian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, Abdul Khalid enggan mengulas dan berkata pendirian kerajaan negeri mengikut apa yang telah diwartakan.

"Di Selangor, kalimah Allah dijaga di bawah Enakmen Kerajaan Negeri supaya tiada unsur penghinaan dan penyalahgunaan berlaku dan kita mengikut apa yang telah kita wartakan," katanya. - BERNAMA

1 comment:

pro bn said...

Apa pun tahniahlah kerja kuat para blogger pro BN.

Namun sedih bila UMNO di Kedah masih lesu dan kuyu.
TPM pun naik angin kerana semuanya andaian saja.

Info:
Dua kawasan DUN akan kalah pada PRU 13 nanti iaitu Belantik dan Bakar Bata.

Puncanya faktor dalaman dan faktor calon.
Itu saja.Yang lain korek sendiri lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog