pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, August 11, 2012

Tu Dia !!! Orang Pokok Sena kata Mahfuz Bean tak layak jadi wakil rakyat @MahfuzOmar #TukarKedah




Sebenarnya, posting ini, atas permintaan orang Pokok Sena sendiri. Mereka mahu tahu, kemana hilangnya janji si Mahfuz Omar untuk selesaikan masalah tempat pelupusan sampah di Jabi? Keadaan kawasan pelupusan sampah di Jabi tu amat parah sekali, malah sampah yang ditimbun hampir sama dengan bangunan setinggi 3 tingkat!

Baunya pula jangan cakap la. Kalau sekali angin lalu rasanya dekat 2 km boleh bau busuk sampah tu. Team Media Kedah kesian pada penduduk sekitar tu. Dulu depa ingat bagi undi kat Mahfuz boleh selesai masalah bau sampah ni. Rupanya dah 4 tahun tunggu, masalah sampah bukan selesai, malah makin teruk.

Nak kata dah Mahfuz tak mampu selesaikan, dia ahli parlimen Pokok Sena, nak kata kerajaan negeri parti lain, kerajaan negeri pun cop sama dengan Mahfuz. Kalau dulu dia boleh komplain sampai bawa plastik sampah ke bangunan MBAS. Awat kali ni tak bawa sampah berbakul-bakul ni pi pejabat MBAS sekali lagi?

Mahfuz pernah berjanji akan selesaikan masalah tempat pelupusan sampah. Malah kerajaan negeri pun berjanji kononnya nak cari tempat pelupusan sampah yang baru. Namun 4 tahun sudah berlalu, janji masih lagi tinggal janji.

Mungkin selepas ini pencacai blogger Pas akan jawab, sampah diuruskan oleh 'kerajaan pusat' namun kawasan pelupusan sampah, selenggara dan pengawasan di bawah sapa? Bukan PBT? PBT pulak bawah sapa? Bukan ka Exco? Exco pulak dilantik oleh sapa? Oleh MB kerajaan negeri, kerajaan negeri tu sapa pulak? Bukan kerajaan negeri tu geng bulan purnama ka? Soo.. masa berjanji, bukan main dahsyat.. masa nak tunaikan, sapa sekor tak mengaku, muka pun tak nampak.

Kat bawah ni Team Media Kedah bagi lagi gambar untuk tatapan pembaca..

Air sampah mengalir ke longkang

Longkangnya masyallah.. bauu..

sistem peparitan teruk, kalau hujan mesti melimpah

Akibat tapak pelupusan yang penuh, sampah bersepah atas jalan..

Tengok gambar pun dah rasa loya nak muntah. Cuba bayangkan baunyaa.. terukk.. punya la tak terurus keadaan di tapak pelupusan hinggakan sampah yang penuh bersepah diatas jalan. Malah sistem peparitannya juga teruk. Team Media Kedah diberitahu, jika hujan, air dari parit melimpah keatas jalan, baunya jangan cakap la.. boleh sampai ke kawasan penduduk yang terdekat.

Sampai bila agaknya keadaan kawasan pelupusan sampah kat Jabi ni akan jadi begini? Kalau kerajaan negeri tak mampu nak tangani masalah sampah, Team Media Kedah minta ada pihak lain yang prihatin untuk selesaikan. Kalau harap Mahfuz, dia hanya pandai janji saja, cakap memang senang. Setakat cakap berapi, berkobar, baik tak payah. Kerja belum tentu dia buat Rakyat tetap susah.

Insyallah Team Media Kedah akan follow up pasal sampah ni pada kemudian hari..



Sumber :-  Kedah Ke KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog