Sebelum ini menjadi tanda tanya mengenai khabar berita mengatakan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah sedang sakit teruk dan sedang mendapat rawatan di Kedah Medical Centre (KMC).
Khabar berita berkenaan di tambah pulak dengan ketidak hadiran Azizan Razak di satu majlis " Jom Anak Muda, Raya Dengan MB" yang di adakan pada hari rabu yang lalu.
Dari maklumat yang Pisau Kedah perolehi. Di khabarkan cerita-cerita ini di sebarkan oleh golongan dalaman parti yang menentang pentadbiran Azizan Razak di Kedah.
Jika benarlah dengan apa yang di dakwa bahawa golongan yang menentang Azizan menyebarkan cerita yang Azizan sedang sakit tenat ianya menunjukan golongan penentang Azizan menggunakan alasan kesihatan Azizan Razak untuk di jadikan isu supaya Azizan Razak di cantas dalam PRU 13 nanti.
ALOR SETAR - Ketidakhadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis-majlis rasmi sejak penghujung Ramadan, termasuk majlis raya bersama anak muda Kedah, Rabu lalu menimbulkan pelbagai spekulasi, konon beliau mengalami masalah kesihatan serius.
Spekulasi bertambah kencang apabila semalam, kelibat Azizan tidak kelihatan pada majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, di Seri Mentaloon, yang turut dihadiri Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Hanya isteri Menteri Besar, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah bersama ahli keluarga dan barisan Exco Kerajaan Negeri menyambut ketibaan tetamu yang hadir. Manakala Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah hadir mewakili Menteri Besar pada majlis itu.
Mengulas perkara itu, Amiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar, berkata, Azizan tidak mengalami masalah kesihatan serius seperti heboh diperkatakan, sebaliknya hanya dinasihat oleh doktor supaya berehat ekoran demam dan alahan.
“Tidak benar Azizan dikatakan demam atau sakit sejak dua minggu lalu. Keadaan beliau stabil dan tahap kesihatan memuaskan, cuma tidak pulih sepenuhnya.
Selepas demam sekitar dua minggu lalu dan dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC), Azizan kembali sihat dan bertemu rakyat pada hari raya pertama,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, Azizan mengalami alahan ubat selepas itu menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada majlis ‘Jom Anak Muda, Raya Dengan MB’, Rabu lalu, di Seri Mentaloon.
“Azizan hadir pada Rumah Terbuka Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, Khamis lalu bertemu penduduk setempat dan beliau bercadang bertemu media, semalam, namun masih tidak sihat sepenuhnya,” katanya.
Amiruddin berkata, buat masa ini, Azizan berehat di rumahnya dan dinasihatkan doktor supaya tidak menyertai aktiviti luar.
“Azizan dijangka berehat sehingga Selasa depan, dan jika sihat akan mempengerusikan mesyuarat Exco minggu depan. Rakyat tidak perlu bimbang kerana keadaan Azizan tidak serius,” katanya.
Menurutnya, sepanjang Azizan bercuti sakit, urusan pentadbiran negeri berjalan lancar .- Sinar Harian -
Pisau Kedah :-
Walaupun Berbeza fahaman politik, Pisau Kedah mendoakan semoga Azizan Razak, Menteri Besar Kedah sihat sepenuhnya dalam menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Semoga Azizan Razak tabah di dalam menghadapi ujian Allah S.W.T di dunia.
1 comment:
Alhamdulillah bagus cara blogger UMNO. Wpun musuh politik tapi bila diuji dgn ujian seperti sakit, kita tetap doakan kebaikan. Ikatan ummah tidak septutnya dirosakkan krn fahaman politik.!
Jangn tiru si binatang tua Pok Nik tu doakan org lain pecah perut dan keburukan. Inilah akhlak keji PAS Laknatullah!
Post a Comment