pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, August 14, 2012

Tu Dia !!! Bekas Pengurus Skuad Bola Sepak Kedah Sarankan KFA Di Rombak


Sebelum ini Pisau Kedah ada menyuarakan kemelut yang berlaku di dalam bola sepak Kedah di sini yang perlu di atasi segera.

Bagi Pisau Kedah pengurusan adalah punca utama penyebab mutu persembahan skuad bola sepak Kedah begitu lemah.

Terbaru, bekas Pengurus pasukan bola sepak Kedah, Datuk Othman Aziz menyarankan kepimpinan KFA di rombak semula bagi memastikan pasukan bola sepak kesayangan rakyat Kedah bangkit semula di musim akan datang.



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) digesa melantik kepimpinan tertinggi badan itu daripada kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan dan berpengalaman untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah.

Bekas Naib Presiden KFA yang juga Bekas Pengurus (2006-2008), Datuk Othman Aziz berkata, ianya perlu agar prestasi Kedah yang kini merudum hingga tersenarai dalam Liga Perdana, digilap semula.

“Saya setuju dengan saranan gabungan kelab-kelab penyokong bola sepak Kedah supaya kepimpinan KFA dirombak. Seeloknya biar mereka yang benar-benar layak memikul tanggung jawab itu untuk Kedah bangkit semula,” katanya.

Menurutnya, untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah, Majlis KFA juga perlu menilai semula jawatan Presiden KFA yang disandang oleh Menteri Besar sejak 2008.

“Tidak mustahil jika Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan dan pentadbiran KFA memandangkan beliau sentiasa sibuk. Ada kewajarannya jawatan itu dilantik dari kalangan mereka yang berkelayakan, berpengalaman dan berkemampuan,” katanya.

Bagaimana pun, Othman berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak Azizan berundur sebaliknya perubahan drastik perlu dibuat demi untuk mengembalikan Kedah ke senarai Liga Super.

“Ini suatu yang memalukan. Selaku pasukan yang pernah muncul juara tiga piala semusim iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2006 dan 2007, pencapaian kini amat mengecewakan peminat,” katanya.

Othman tidak menolak kemungkinan Azizan kekal sebagai Presiden bagi membolehkan pasukan memperoleh dana, terutama daripada syarikat korporat mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Untuk mengurus pasukan bola sepak memerlukan dana yang banyak, tidak boleh mengharapkan penaja utama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) semata-mata yang menyumbang sekitar RM3 juta setahun,” katanya.

Menurutnya, ketika zaman kegemilangannya, pasukan memperoleh sumber dana bukan sahaja daripada PKNK, sebaliknya kutipan jualan tiket menyumbang sekitar 50 peratus kepada dana KFA.

“Apabila prestasi Kedah merudum, stadium lengang, menyebabkan jualan tiket terjejas. Berbeza ketika sebelum 2008, kita memperoleh keseluruhan dana RM6 juta, di mana RM3 juta daripada PKNK dan selebihnya jualan tiket,” katanya. 

Mengulas mengenai desakan sesetengah pihak yang menyalahkan pengurus, Datuk Khazali Din, Othman berkata, keseluruhan KFA perlu dipertanggungjawabkan.

“Pengurus tidak boleh dipersalahkan seratus peratus, sumber kewangan terhad, sekaligus mengehadkan pengurusan. Malah tidak diberi kebebasan untuk membuat keputusan,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya menggesa Ahli Majlis KFA memainkan peranan lebih aktif dan tidak menunggu sehingga kegemilangan bola sepak Kedah terus lenyap. Kombinasi pengurusan, pentadbiran, kejurulatihan, sumber kewangan termasuk sikap pemain perlu dibuat.SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog