pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, August 24, 2012

Anda Patut Mengetahui Apa Itu Tweet Merdeka @TwtUpMerdeka #Merdeka5

Apa Itu Tweet Merdeka?


Tweet Merdeka adalah satu program
anjuran JASA di bawah Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan sempena dengan
Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang
bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012
di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Apakah Matlamat Tweet Merdeka?


Tweet Merdeka bertujuan untuk
memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan
kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter
Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam
Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan
Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka
Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka
untuk menempa rekod baru di
Malaysia Book of Records, Tweet
Merdeka perlu mendapatkan
sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam
menggunakan hashtag #Merdeka55
Siapa Boleh Sertai?


Sesiapa sahaja yang mempunyai
akaun Twitter. Sekiranya anda belum
lagi mempunyai akaun Twitter, masih
sempat lagi untuk anda mendaftar
di Twitter.com


Bagaimana Untuk Sertai?
Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan
sahkan pendaftaran anda di kaunter
pendaftaran. (Seperti rajah A)

3. Pastikan anda menerima tag
peserta beserta nombor siri, t-shirt
Tweet Merdeka (selagi stok masih
ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok
masih ada) dan lain-lain yang ada di
dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan
duduk di kawasan yang telah
ditetapkan untuk program Tweet
Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat
berdasarkan pengesahan yang dibuat
di kaunter pendaftaran sehingga jam
8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis
tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan
hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi
mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15
malam, kesemua pengguna Twitter
tidak kira di stadium ataupun di mana
sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan
untuk kategori B adalah #Merdeka55
dan @NajibRazak. cth: "Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @Naji
bRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung
selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada
Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram
Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi
Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan
turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada
hari kejadian.

2. Cabutan bertuah yang sangat
lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad,
Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta
Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa
Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat
juga sambutan hari raya peringkat
kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3
tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang
kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com atau pun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Sumber:truthvaccine
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog