pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, August 17, 2012

Tu Dia !!! Rakyat Bersama YAB DS Najib Razak Dalam Bajet 2013. ( Bajet Mesra Rakyat )


Sebelum ini YAB DS Najib Razak meminta kepada rakyat supaya membantu beliau dengan menyumbang idea yang bernas untuk digunakan Kerajaan memberi kebajikan kepada Rakyat di dalam Bajet 2013 (Bajet Mesra Rakyat)

Di antara idea yang bernas mendapat sokong ramai ketika ini adalah memohon keperihatinan Kerajaan Malaysia di dalam mengawal harga rumah yang kini membebankan rakyat


Menjelang Budget 2013:
  • Kawal harga rumah
  • Tambah pelepasan cukai
    Kuala Lumpur: Saranan supaya kerajaan mengawal harga rumah yang terlalu tinggi adalah antara cadangan utama dikemukakan rakyat kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2013. 

  • Satu lagi cadangan yang banyak dikemukakan ialah memberi pelepasan cukai tambahan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

    Dua cadangan itu merangkumi 50 peratus daripada 2,990 cadangan yang dihantar oleh 2,693 orang dalam laman web Datuk Seri Najib Razak, www.1malaysia.com.my sejak 16 hingga 29 Julai lalu.

    Malah, dua cadangan berkenaan meraih 30,000 sokongan daripada keseluruhan 41,879 undi orang ramai sepanjang tempoh perbincangan mengenai bajet itu dibuka.

    Keluh kenaikan harga rumah Sebahagian besar mereka mengeluh kenaikan harga rumah yang disifatkan amat drastik dan tidak munasabah sehingga menyukarkan rakyat memiliki kediaman sendiri dan terpaksa menanggung sewa yang mahal. 
    Keluhan sama turut diluahkan oleh rakyat berpendapatan sederhana yang menyifatkan mereka sebagai golongan ‘tersepit dan miskin di bandar raya’ kerana tidak mampu membeli rumah tetapi pada masa sama tidak layak menikmati insentif skim perumahan yang ditawarkan kerajaan.

    Dalam konteks ini, ramai meminta kerajaan mengekang aktiviti spekulator mengaut keuntungan besar, terutama pihak yang membeli semata-mata untuk menjualnya semula pada harga lebih tinggi serta memperketatkan dasar pemilikan rumah dan hartanah oleh warga asing.

    Antara cadangan yang mendapat undi sokongan tinggi ialah:
  • Saya berharap kerajaan melakukan suatu mengenai kenaikan tinggi harga rumah yang mendadak bagi rakyat biasa... ramai yang terlalu sukar memiliki rumah sekarang.
  • Pantau pemaju perumahan. Rumah menjadi terlalu mahal. Enam tahun kebelakangan ini harga meningkat hampir 70 hingga 80 peratus dan berkualiti rendah. Terlalu banyak keretakan dalam tahun pertama mendudukinya. Perlu ada jawatankuasa untuk memantau.
  • Minta Datuk Seri ambil berat mengenai harga rumah yang semakin tidak masuk akal. Langkah itu mungkin membantutkan industri perumahan dan hartanah, tetapi kita harus ambil kira keperluan rakyat. Rumah adalah satu keperluan hidup.

    Dari segi pelepasan cukai, ramai mencadangkan kerajaan memberi potongan lebih besar untuk individu tanggungan, anak di bawah umur 18 tahun, ibu bapa, perubatan, penyakit kritikal, insurans dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Sebahagian besar mereka berpendapat kadar pelepasan cukai individu tanggungan sebanyak RM9,000 ketika ini tidak memadai, sebaliknya ada yang menyarankan ia ditingkatkan sehingga RM18,000.- BH-
  • No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Artikel Tekini Media Kedah


    Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

    Pisau Kedah Blog