pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, August 22, 2012

Panas !!! ABIM Nafi Menyokong Anwar Ibrahim



Naib Presiden Antarabangsa, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Jufitri Joha menegaskan pergerakan itu berkecuali dalam politik, sekali gus menolak dakwaan kononnya pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Jufitri akur segelintir pemimpin lama atau 'senior' Abim dilihat cenderung terhadap Ketua Umum PKR yang pernah memimpin badan itu sebelum menyertai Umno.

"Untuk bersikap 'non-partisan' ini bukannya senang kerana kita (Abim) dinaungi oleh senior-senior yang cenderung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika menjadi panel dalam program Meja Bulat bertajuk 'Memartabatkan Agama Islam Dalam Negara Berbilang Kaum' anjuran Antarapos.

Sambil menegaskan pendirian pertubuhan itu yang mahu bebas daripada politik kepartian, Jufitri berkata Abim menyokong pihak yang mampu memartabatkan kedudukan agama Islam di negara ini ke peringkat lebih tinggi.

"Abim berperanan sebagai tidak memihak kepada mana-mana parti.

"Beberapa isu berkenaan dengan kepentingan bersama, umat dan agama, kita boleh bersama.

"Yang kita lihat adalah yang mana yang menguntungkan Islam dan menguntungkan umat," tegas beliau.



Menurut Jufitri, Abim sentiasa mengamalkan sikap 'Amar Makruf Nahi Mungkar' iaitu menjauhkan perkara yang dilarang dan sentiasa mendekatkan kepada perkara yang baik sejajar dengan tuntutan Islam.

Tambah beliau, usaha untuk meningkatkan martabat agama Islam dalam negara yang berbilang kaum kini bertitik tolak daripada perubahan sistem politik yang digalas oleh pemimpin negara.

"Sebahagian daripada juzukNya untuk melakukan perubahan adalah perubahan dari sudut politik bukan sahaja kepartian tetapi juga bagaimana untuk mentadbir organisasi, sistem dan negara berlandaskan hukum islam," katanya.

Anwar memulakan kariernya bersama Abim sebagai setiausaha agung di bawah naungan presiden Profesor Dr Razali Nawawi pada tahun 1972 dan kemudian dilantik sebagai presiden dua tahun kemudian.

Namun pada tahun 1982 Anwar mengambil keputusan untuk menyertai Umno sekaligus meninggalkan kesan terhadap segelintir anggota Abim termasuk ada pihak yang beranggapan bahawa tindakan Anwar itu sebagai sebuah bentuk pengkhianatan.

Mempertahankan keputusannya itu Anwar menjelaskan penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan "mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah" namun sebaliknya untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan. -antarapos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog