pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, August 23, 2012

Panas !!! Pengerusi Biro Agama PKR Kedah mengatakan Hudud PAS sukar di laksanakan



Ketika PAS di himpit permasalahan Hukum Hudud, Pengerusi Biro Agama PKR Kedah, Ahmad Kasim dalam kenyataannya seolah-olah menolak perlaksanaan Hukum Hudud PAS Di Malaysia.

Perlaksanaan hukum hudud bukan sesuatu yang mudah di negara ini. Sebaliknya harus memandang aspek perlembagaan negara, agama serta politik. 
“PR perlu memenangi dua pertiga kerusi parlimen sebelum membolehkan perlembagaan dipinda selaras dengan hukum syarak. 
“Bagaimanapun, sekiranya satu pertiga selebihnya dimenangi oleh orang bukan beragama Islam, ia sukar bagi PR untuk melaksanakan hukum hudud. 
“Dalam situasi ini, semua kerusi parlimen harus dimenangi oleh orang Islam untuk memudahkan perlaksanaannya,” Ahmad Kasim

Sememangnya sukar untuk Pakatan Haram untuk mendapat 2/3 kerusi Parlimen kerana ketiga-tiga parti yang berada dalam Pakatan Haram bukanlah gabungan parti yang bersatu hati.

Harus di Ingat, seandainya Pakatan Haram mampu mendapat 2/3 kerusi Parlimen, perlaksanaan Hukum Hudud PAS juga sukar di laksanakan kerana 2/3 tidak semuanya dalam Pakatan Haram berpihak kepada satu parti.

Dalam Pakatan Haram DAP merupakan Parti yang paling banyak kerusi di Parlimen dan boleh dikatakan parti Dominan dalam Pakatan Haram. PAS hanyalah parti Pencacai dalam Pakatan Haram ianya menyukar perlaksanaan Hudud PAS sekiranya Pakatan Haram mentadbir Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog