pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, August 13, 2012

Iftar & Ta'aruf Anjuran ILMU Bersama Ustaz Fathul Bari @MukhrizMahathir @TunFaisal

Timbalan Menteri MITI Datuk Mukhriz Mahathir, Tun Faisal bersama para ulama muda ILMU
Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia hari ini turut memeriahkan Majlis Iftar & Ta'aruf anjuran Seketeriat Ilmuwan Islam (ILMU) yang diadakan di Shah Alam petang tadi.

Majlis anjuran para ulama muda yang diadakan di Seksyen 2, Shah Alam tadi turut mengadakan solat Maghrib dan Terawikh secara berjemaah bersama para pengamal media baru dan para bloggers yang hadir bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhwah sesama Islam.

Selain Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Aziz bersama 20 orang bloggers yang bernaung di bawah UMB, majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri MITI Datuk Mukhriz Mahathir.

Dari Putrajaya-Online [PjO]

SHAH ALAM - CEO Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Ustaz Fathul Bari menjelaskan setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam menyebarkan dakwah atas asas Islam semata-mata, tanpa sebarang kepentingan lain. 
"Ahli Sunnah Wal-Jamaah, tidak kira dalam apapun ideologi parti harus bersama dengan pemimpin membantu dalam hal-hal maaruf dan menegur sebarang kemungkaran, bukan menentang dengan caci-maki," ulas Ustaz Fathul Bari dalam satu tazkirah ringkas sebelum majlis iftar dan ta'aruf anjuran ILMU di Seksyen 2, Shah Alam petang tadi. 

Majlis yang turut dihadiri oleh para pengamal media baru dan bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO itu turut mengadakan solat terawikh secara berjemaah bagi mengukuhkan lagi ukhwah dan perpaduan di antara bloggers dengan para ilmuwan muda dari ILMU.
Ustaz Fathul Bari juga menyatakan golongan blogger turut berperanan dalam menyebarkan kebenaran melalui laman internet.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Unit Media Baru (UMB-PPUM), Tun Faisal Ismail Aziz. - RR/PjO
Antara foto-foto menarik yang dirakam lensa Unit Media Baru : 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog