pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, August 13, 2012

Panas !!! Jurulatih Bola Sepak Kedah Letak Jawatan, Parasit Dalam KFA Masih Kekal


Di dalam kemelut skuad bola sepak Kedah yang gagal mempamerkan aksi yang terbaik musim ini telah menyebabkan pasukan bola sepak Kedah  akan beraksi di dalam kancah liga perdana pada musim hadapan. Sekali gus melenyapkan status pasukan di antara yang di geruni dalam kancah bola sepak Malaysia.

Dengan rasa tanggungjawap kegagalan yang di alami Skuad bola sepak Kedah. Jurulatih Kedah, Wan Jamak Hassan di laporkan telah meletakan jawatan yang di sandangnya sebelum ini

WAN Jamak Wan Hassan akhirnya melepaskan jawatan selaku Ketua Jurulatih Kedah selepas pelbagai spekulasi panas menimpa kem Hijau Kuning sejak pasukan tersebut tersingkir dari saingan Liga Super musim depan. 
Ketika dihubungi Sinar Harian, Wan Jamak berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku namun pada masa sama berasa kesal berikutan masih banyak tugasan di Kedah gagal diselesaikan. 
Menurutnya, banyak perancangan untuk membangunkan pasukan Kedah tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh prestasi semasa yang tidak konsisten dipamerkan oleh Kenari pada musim ini. 
Kelmarin laman portal ESPN STAR.MY melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Hamdan Mohamed Khaleb mengesahkan Wan Jamak telah pun meninggalkan kelab itu dengan cara baik. 
Sebelum ini timbul spekulasi beliau telah dipecat selepas Kedah disingkirkan dari Liga Super. 
Posisi tersebut diganti oleh jurulatih dari Croatia, Mario Tot bagi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini.

Pisau Kedah agak musykil dengan kenyataan Wan Jamak Hassan setelah meletakan jawatan sebagai jurulatih pasukan bola sepak Kedah.

Jika di amati apa yang di perkatakan beliau seolah-olah ada desakan dari pihak dalaman yang meminta beliau melepaskan jawatan.
"Beliau reda dengan apa yang berlaku namun pada masa sama berasa kesal berikutan masih banyak tugasan di Kedah gagal diselesaikan."
 Apakah ini satu perancangan dari pengurusan bola sepak Kedah yang menjadikan Wan Jamak sebagai kambing hitam untuk di salahkan di atas kegagalan skuad bola sepak Kedah dan menutup kesalahan yang di lakukan pihak pengurusan KFA.

Agak pelik juga apabila Pengurus, Khazali Din yang sebelum ini di desak supaya berundur oleh rata-rata peminat bola sepak Kedah masih kekal dengan jawatannya. 

Bagi peminat bola sepak Kedah. Mereka melihat punca utama penyebab aksi skuad bola sepak Kedah hambar adalah kesalahan pihak pengurusan yang lemah di dalam mengurus.

Salah satu punca kelemahan pihak pengurusan adalah lantikan DR Hamdan sebagai Setiausaha Kehormat KFA. 

Dr Hamdan bersalaman denga Wan Jamak Hassan
ketika menerima lantikan sebagai jurulatih Kedah

Bagaimana pengurusan boleh melantik seseorang yang tidak ada pengalaman tentang bola sepak seperti Dr Hamdan sebagai Setiausaha Kehormat KFA, selain dari menyandang jawatan Setiausaha Kehormat, Dr Hamdan juga menyandang jawatan Bendahari Kehormat di dalam KFA.

Untuk pengetahuan Dr Hamdan Khalib merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang kedoktoran, selain itu merupakan seorang ahli politik yang tiada langsung pengalaman tentang bola sepak.

Di dalam memegang dua jawatan terpenting dalam KFA, Dr Hamdan juga memegang tiga jawatan dalam politik Kedah iaitu YDP Kawasan Merbok, Adun Tanjung Dawai dan Exco Kerajaan Negeri.

Bagi orang yang ada kepentingan dalam politik, bagaimana dia Dr hamdan dapat menumpukan tanggungjawapnya yang memegang dua jawatan terpenting dalam KFA ?

Bagaimana Dr Hamdan dapat melaksanakan tanggungjawapnya memegang lima jawatan serentak dalam satu keadaan ?




Pisau Kedah :-

Berapa agaknya elaun kelima-lima jawatan yang di sandang Dr Hamdan ? 

Apakah benar seorang yang tiada pengalaman tentang bola sepak, berjuang untuk bola sepak dan bukan atas dasar elaun ?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog