pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, August 15, 2012

Bantuan Yayasan 1MDB Peringkat Parlimen Merbok @ahmadmaslan


Dalam program Ihsan Ramadhan Aidilfitri dan Ramah Mesra Bersama Datuk Ahmad Maslan ( Ketua Penerangan UMNO Malaysia ) yang di adakan di surau Zon Kenanga, Taman Aman Jaya , bantuan Yayasan 1MDB yang di pengerusikan YAB DS Najib Razak telah di sumbangkan kepada golongan yang memerlukan bagi membantu sambutan Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Haji Tajul Urus sebanyak RM160,000 telah di peruntukan Yayasan 1MDB kepada lebih dari seribu orang yang layak menerima bantuan berkenaan berbentuk wang bantuan, barang keperluan dan kain pelekat/batik

Antara seribu orang yang layak menerima bantuan Yayasan 1MDB, terdiri daripada golongan Warga Emas, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya dan golongan warga miskin.

Selain itu UMNO Bahagian Merbok juga mendapat sumbangan dari pelbagai agensi seperti Keda dan beberapa individu perseorangan untuk di beri bantuan kepada yang memerlukan dalam kawasan Parlimen Merbok.



Para pertugas memeriksa senarai nama penerima.
Setelah selesai menunaikan solat terawih
Tuan Abdul Mukti Bin Mat Dali, Pengerusi
Jawatankuasa Surau Zon Kenanga

Datuk Ahmad Maslan bersama Ketua Umno Bahagian, Dato Haji Tajul Urus dan
Ketua Wanita UMNO Merbok, Puan habsoh Ahmad
menyampaikan bantuan.


Datuk Ahmad Maslan, Dato' Haji Tajul Urus dan 
penduduk tempatan menjamu selera .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog