pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, August 28, 2012

Video Untuk Pedoman Kepada Pencinta Kemerdekaan Malaysia @TwtUpMerdeka #Merdeka55


Video yang membawa seribu pengertian kepada kita yang sayangkan keamanan Malaysia setelah 55 tahun Merdeka.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bagaimana begitu peritnya Kemerdekaan yang kita perolehi satu ketika dahulu dari dicengkam kuasa penjajah yang mengaut keuntungan hasil bumi Malaysia kerana Malaysia merupakan tanah semenanjung emas sekiranya mengikut sejarah.

Sebagai Tuan kepada tanah yang di jajah, setelah yakin akan kemampuan diri sendiri pelbagai usaha dan pengorbanan di lakukan bagi di iktiraf hak kita sebagai tuan tanah untuk menikmati keuntungan yang telah di curi sejak sekian lama.

Usaha dan Pengorbanan oleh golongan sebelum ini  telah membuktikan hak kita sebagai tuan tanah telah di iktiraf setelah memperolehi kemerdekaan untuk mengurus tadbir tanah semenanjung emas yang kita rakyat Malaysia miliki sehinggalah kini kita bebas membentuk acuan kita sendiri.

Setelah 55 tahun kita mengecapi hak kita sebagai sebuah negara yang MERDEKA, sejauh mana kita menginsafi daya usaha dan pengorbanan yang di lakukan orang yang terdahulu.

Adilkah kita terhadap orang yang terdahulu yang menempuhi keperitan bagi memastikan kita generasi baru menikmati kebebasan dan kesenangan sekiranya apa yang kita kecapi kebebasan dan kesenangan kini kita hendak mengadaikannya hanya kerana keburukan yang terdapat dalam acuan yang di bentuk setelah MERDEKA ?

Di mana hilangnya sifat bersyukur kita dengan apa yang kita kecapi atas daya usaha dan pengorbanan orang yang terdahulu ?

Harus di ingat acuan yang rosak boleh kita perbaiki kerana jasanya yang membuat kita kecapi apa yang kita miliki sehingga sekarang tetapi sekiranya hancurnya hak kita sebagai tuan tanah maka tidak mungkin kita akan dapat wariskan kenikmatan yang kita kecapi sekarang untuk generasi akan datang.

Jangan biarkan generasi kita akan datang terpaksa menanggung kebodohan kita sekarang yang tidak bersyukur dengan daya usaha dan pengorbanan yang di lakukan orang yang terdahulu di dalam memastikan hak kita sebagai tuan kepada tanah yang tercinta.


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 yang bakal tiba. Jangan hanya kerana sedikit keburukan kita hendak membuangnya


Pisau Kedah :-

Durian yang buruk di tebuk tupai lebih enak rasanya dari yang gugur tanpa cacat cela. Jangan hanya keburukan itu ianya di pandang jijik.( renungkanlah )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog