pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, August 11, 2012

Panas !!! Umat Islam Malaysia Di Gesa Tidak Menyokong DAP.




 KUALA LUMPUR 8 Ogos  Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Gesaan itu adalah ekoran pendirian Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti Pas, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.

"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.

"Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.

"Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya," katanya.

Ismail berkata, penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.

"Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam," katanya. - BERNAMA




Pisau Kedah :-

Walau terbukti secara terang DAP merupakan musuh kepada Islam di Malaysia, puak kepala otak hijau yang terlalu taksub kepada Putrajaya dah tidak peduli Islam di perdagangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog