pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, August 24, 2012

Panas !!!! MCA Kedah Tuntut Pemohonan Maaf Tabloid..


Alor Setar 22 Ogos - MCA Kedah melahirkan rasa kecewa berhubung berita sebuah tabloid (bukan terbitan Kumpulan Utusan) yang melaporkan sokongan parti itu terhadap undang-undang Hudud.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, laporan yang di siarkan dalam akhbar tersebut semalam adalah palsu memandangkan beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan undang-undang Hudud itu.

Sehubungan itu, beliau menuntut akhabar tersebut membuat pemohonan maaf secara rasmi kepadanya demi mempertahankan etika dan profesionalisme kewartawanan di Negara ini.

"Saya amat terkejut dan kecewa kerana dalam perbualan melalui telefon dengan wartawan berkenaan pada 20 Ogos lalu, saya tidak ditanya tentang Hudud dan saya tidak berkata apa-apa mengenainya, namun apabila keluar berita, MCA Kedah dikatakan menyokong Hudud.

Itt Chew menambah, pihaknya akan menulis sepucuk surat rasmi kepada akhbar tersebut menuntut pemohonan maaf berhubung berita itu.

"Saya akan tulis surat secara rasmi kepada akhbar ini yang mengatakan bahawa laporkan tersebut tidak benar dan menuntut mereka memohon maaf secara rasmi kepada saya"

"Bagaimanapun saya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut," katanya.

Pada masa sama, kata beliau, pihaknya turut membuat penjelasan kepada pucuk pimpinan parti tersebut berhubung perkara itu.

"Saya sudah menjelaskan secara terperinci kepada Presiden MCA dan beliau amat memahami perkara ini. Beliau juga meletakam sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyelesaikannya kerana tahu kematangan saya dalam politik.

"Dalam kerjaya politik saya selama 35 tahun, tidak pernah berlaku perkara seperti ini," katanya.

Laporan muka depan akhbar tersebut semalam melaporkan tajuk utama sebagai "MCA Kedah Sokong Hudud" yang memetik Itt Chew, di laporkan berkata perlaksanaan hudud yang ditentang DAP itu tidak melibatkan orang bukan Islam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog