pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, August 13, 2012

Video Tazkirah Ustaz Fathul Bari Di Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1Malaysia



KUALA LUMPUR 12 Ogos – Selepas Kedah,  Kuala Lumpur menjadi destinasi kedua Pemuda UMNO menjayakan program Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1Malaysia yang membabitkan lebih 700 pelajar Maahad Tahfiz Lembah Klang. 
Bertempat di Masjid As-Syakirin, KLCC,  program tersebut yang bermula selepas solat Zohor pada Sabtu, tamat lewat petang dengan disempurnakan oleh Imam Masjid As-Syakirin yang turut disertai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta barisan pimpinan Pemuda UMNO yang lain. 
Selain daripada program berkenaan, turut diadakan majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal serta anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan lain. 
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika ditemui menyifatkan program berkenaan cukup baik dan ianya perlu diperluaskan ke seluruh Negara dalam usaha melahirkan generasi Ulul Albab. 
“Kita masuk masjid bukan sahaja untuk beribadat tetapi sama-sama berusaha untuk melahirkan generasi Ulul Albab. Titikbertakan pembinaan modal insan yang mana pada masa yang sama turut menekankan soal pendidikan dan sebagainya. 
“Sebab itulah kita tengok bagaimana kerajaan cantumkan J-Qaf…Khatam Al-quran, belajar bahasa arab  dan tidak ketinggalan pendedahan dengan Jawi. Inilah yang kita mahu demi generasi akan datang,” katanya. 
Kata beliau lagi bagi melahirkan modal insan, perlunya penekanan kepada ilmu dan agama agar kehidupan  sentiasa dilindungi rahmat Allah s.w.t. 
“Dengan ilmu kita dapat membezakan kebenaran dan kebatilan tanpa dihasut orang lain sekaligus  dapat membezakan kebenaran dan auta,” ujarnya lagi. 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut berkesempatan memberikan tazkirah pada majlis tersebut yang bertemakan Ummah Bersatu, Negara Maju.UMNO-Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog