pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, August 21, 2012

Di Mana Hak Untuk Nasharudin Mat Isa Di Adili ???


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan beliau akan keluar daripada PAS. Penafian itu dibuatnya setelah beliau menerima pelbagai desakan dan kecaman daripada PAS atas kesalahan dilihat dalam gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika di Makkah. Najib berada di Tanah Suci kerana menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) manakala Nasharudin pula kerana diminta mengatur pertemuan Najib dan ulama Arab Saudi. Difahamkan, Nasharudin turut membantu menterjemah perbincangan antara Najib dan ulama berkenaan. Mendesak Nasharudin keluar PAS hanya kerana beliau dilihat bersama Perdana Menteri menggambarkan sikap kebudak-budakan pemimpin PAS. Berbuat demikian seolah-olah menunjukkan sikap orang PAS tidak boleh bertemu atau bergaul, apa tah lagi berbincang dengan orang UMNO. Di kampung, taman perumahan, masjid, surau, pejabat, kedai kopi dan sebagainya, orang Melayu bercampur gaul tanpa timbul persoalan orang UMNO atau PAS. Jika mahu melihat orang Melayu dan Islam cepat berpecah-belah, gunakanlah strategi PAS yang melarang mereka bersua mesra. 


Sebelum ini juga, ada pemimpin UMNO dilihat bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, malah berucap atas pentas PAS tetapi mereka jua masih berada dalam UMNO meskipun PAS mengharapkan pemimpin berkenaan menyertai perjuangan PAS. Dalam suasana Ramadan, apatah lagi gambar itu dirakam di Makkah, tindakan mendesak Nasharudin keluar PAS jelas menggambarkan sikap mereka yang mahu mengusir Nasharudin daripada parti itu. Kelantangan Nasharudin mempersoalkan tindakan PAS yang masih bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam, menyebabkan mereka menganggap beliau belut. Selagi PAS bersama DAP, hukum Islam tidak akan dapat dilaksanakan. Nasharudin nampaknya tegas dengan prinsipnya untuk memperjuangkan Islam berbeza dengan pimpinan PAS yang terpaksa memberi alasan untuk menghalalkan hubungan dengan DAP. Apa pun, Nasharudin sedang berjuang untuk menuntut keadilan daripada partinya.
Dalam bulan Ramadan, apatah lagi peristiwa itu berlaku di Makkah, ramai yakin dengan penjelasan Nasharudin bahawa perbincangan itu tidak membabitkan soal UMNO dan PAS. Mereka berbincang soal lebih besar membabitkan ummah. Ketika umat Islam di serata dunia khasnya di Timur Tengah, Pakistan dan beberapa negara lain dihimpit pelbagai dugaan, termasuk menjadi pelarian, sudah tentunya, Malaysia menjadi penggerak untuk membantu nasib dan masa depan umat Islam. Mencerca Nasharudin dianggap cuba menggagalkan sumbangan beliau untuk sama-sama membantu memperjuangkan masa depan ummah. Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Jitra, kelmarin menjelaskan fakta bahawa UMNO sudah membina negara ini sebagai negara Islam. Tindakan kerajaan itu diiktiraf dunia Islam dan Malaysia juga diterima sebagai sebuah negara Islam contoh. Setakat ini, belum ada pengiktirafan rasmi terhadap PAS berhubung sumbangan parti itu terhadap negara Islam. Jika DAP tidak menerima hakikat peranan UMNO dalam menegakkan Islam, kita boleh menerimanya kerana parti itu bukan diwakili umat Islam. 

Malangnya, PAS sendiri tidak menerima sumbangan UMNO sedangkan mereka tahu usaha yang dilakukan pemimpin kerajaan yang diwakili UMNO terhadap usaha memperjuangkan negara Islam secara berperingkat-peringkat. Anehnya, PAS sanggup menerima DAP yang terang-terang menolak undang-undang Islam dan negara Islam. Jika PAS berani, buatlah satu kajian di kalangan orang PAS sendiri mengenai sikap mereka terhadap DAP. Apakah sikap dan pendirian mereka terhadap DAP yang menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam? Buat juga kajian terhadap sikap ahli PAS sama ada mereka mahu berjuang bersama DAP dalam pakatan pembangkang atau keluar daripada pakatan itu? PAS wajar berbuat demikian jika tidak mahu satu hari nanti pimpinan parti itu akan dipersalahkan kerana membenarkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog