pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, August 11, 2012

Tu Dia !!! Azizan Kena Desak Rakyat Kedah Supaya Letak Jawatan #TukarKedah





Empat kelab penyokong bola sepak Kedah pada Selasa mendesak semua pihak dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) termasuk Presidennya Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan dengan segera berikutan prestasi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.


Gesaan tersebut dibuat oleh Kenari Fans Skuad, Ultras Kedah, Kelab Peminat Bola Sepak Kedah dan Persatuan Setia Anak Rantau Kedah yang mendakwa mewakili 50,000 penyokong dan peminat bola sepak Kedah, berikutan prestasi buruk yang ditunjukkan pasukan negeri hingga terpaksa turun ke Liga Perdana dalam saingan tahun depan.


Jurucakap gabungan kelab penyokong Kedah itu, Mohd Sazali Mohd Sobri berkata selama empat tahun di bawah pengurusan Azizan, yang juga Menteri Besar Kedah, prestasi pasukan tersebut tidak konsisten sehingga gagal mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan.


Beliau berkata rata-rata jawatan tertinggi dalam KFA disandang oleh ahli politik yang menjadikan persatuan sebagai platfom untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang tanpa memikirkan cara untuk membangunkan bola sepak negeri.


"Kita patut ketepikan isu politik dalam bola sepak. Kita perlu jadikan Kelantan sebagai 'role model' yang kini menjadi antara pasukan yang digeruni pihak lawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Selasa.- BERNAMA



Pisau Kedah :-

Memang sepatutnya Azizan Razak dan sekutunya dalam KFA letak jawatan, terutamanya Dr Hamdan yang memegang dua jawatan terpenting dalam KFA iaitu Setiausaha Kehormat dan Bendehari Kehormat.

Selain itu Dr Hamdan juga mempunyai tiga jawatan dalam politik iaitu Adun Tanjung Dawai, Exco Kerajaan Negeri dan YDP Kawasan Merbok.

Bagaimana dia nak laksanakan tanggungjawapnya dengan berkesa dalam satu masa?

Nampak sangat punca kemerosotan skuad bola sepak Kedah adalah berpunca dari pengurusan yang tidak cekap dan memang wajarlah desakan supaya Azizan Razak dan puak-puaknya letak jawatan

2 comments:

kapten bola pencen said...

Laaaa puak lebai pas ke dok jadi teraju bola di kedah.

puak lebai pas ni ceramah maki sana sini boleh la.

hangpa suroh jaga bola kedah apa dia reti.

jaga masjid dgn surau pun lintang pukang.

Anonymous said...

Memang dah takda bakat nak jadi pemerintah tapi dok gagah juga. cakap mulut kat tempat ceramah semua orang pandai, Anwar lagi pandai tapi lingkup juga Selangor, inikan pula ostad Azizan..senang cakap balik buat bendang ja lah.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog