pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, June 11, 2012

Panas!! PAS ada saham dalam duit BR1M yang akan di beri kelak??




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang PAS pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas.

Bagaimanapun, Nasrudin berkata BR1M perlu diberi lebih awal dan tidak seharusnya dijadikan 'gula-gula' dalam meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.

Nak tahu kenapa PAS sokong BR1M? Ini jawapannya.


Setiap BR1M yang Kerajaan bagi kepada ahli PAS akan dipaksa untuk derma kepada parti. Kejam tak?

*BR1M untuk tolong rakyat miskin, tapi PAS susahkan lagi rakyat miskin untuk kepentingan politik mereka.



Pisau Kedah :-

Pehh.. Kerana mahukan 15% dari kebajikan Kerajaan Pusat kepada rakyat, Ketua Dewan Pemuda PAS tarik hand break pulak dah. Dulu kata pemberian BR1M ni haram kerana pancing undi dari rakyat, la ni yang haram dah jadi halal kerana mahukan keuntungan atas angin dari rakyat yang menerima bantuan kebajikan dari Kerajaan Pusat


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog