pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, June 8, 2012

Janji Ditepati @NajibRazak akan mengegarkan bumi Kedah !!!



Penduduk sebelah utara dijemput beramai-ramai merasai kehangatan Jelajah Janji Ditepati peringkat Kedah yang akan diadakan di kawasan Peindustrian Berteknologi Tinggi Kulim, esok.

Pelbagai pameran, persembahan artis, segmen khas tentang keselamatan dan pelbagai acara diadakan dari pagi sehinggalah ke malam.
Kemuncak acara adalah perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 3 petang yang dijangka dihadiri puluhan ribu masyarakat.

Perdana Menteri akan tiba di Kulim pada pukul 12.30 tengah hari untuk bersolat  Jumaat di Majid Air Merah dan kemudian beliau akan bersama para jemaah menikmati jamuan tengah hari di perkarangan masjid berkenaan diikuti dengan majlis perasmian Jelajah Janji Ditepati.

Selepas majlis perasmian, Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup dengan Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Barisan Nasional Kedah di Kulim Golf Club. Pada sebelah malam Najib akan menyampaikan amanat penting kepada 1,500 ahli BN Kedah pada majlis makan malam di Kulim Golf Club

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog