pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, June 7, 2012

Eksklusif !!! Penduduk Baling mengamuk dengan kezaliman Kerajaan Negeri Kedah

Baling 07/06/2012 - Seramai 100 orang penduduk kampung Iboi,Kupang telah membuat bantahan terhadap kezaliman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dengan melakukan pembalakan yang tidak terkawal sehingga membuatkan keadaan orang kampung bermasalah dalam menghadapi kehidupan harian.

Pembalakan yang tidak terkawal telah menyebabkan keadaan sungai Lata Chelak tercemar. Sungai terbabit merupakan sumber utama air di bekalkan kepada sekitar penduduk perkampungai Iboi untuk kegunaan harian, malahan sungai terbabit merupakan tempat pelancongan kerana sebelum aktiviti pembalakan keadaan sungai terbabit cukup cantik dan sering di kunjungi pelancong untuk bermandi manda.

Kerana di sebabkan kencantikan sungai terbabit, orang kampung telah menubuhkan koperasi untuk menyelia sungai Lata Chelak bagi tujuan pelancongan. Namun kini hanya tinggal harapan yang telah musnah.

Akibat Pembalakan yang di lakukan untuk membuat Ladang Sejahtera tidak terkawal sehingga menyebabkan keadaan air sungai yang menjadi sumber harian penduduk kampung untuk memasak dan minum menjadi terlalu keroh telah menyebabkan penduduk sekitar menjadi berang dengan sikap Kerajaan Negeri yang menzalimi rakyat demi mengaut keuntungan pembalakan.

Menurut sumber maklumat yang di perolehi,pembalakan yang di lakukan di kawasan tersebut tidak mempunyai permit dari Jabatan Alam Sekitar setelah menukar status Hutan Simpan ke status Hutan Ladang untuk di jadikan Ladang Sejahtera.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog