pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, June 9, 2012

Benarkah Tok Kadiaq Sheikh Fadzil jadi balaci upahan Anwar untuk memecah belahkan UMNO ??



Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada Khamis, menubuhkan sebuah parti politk baru dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Katanya, parti baru ini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada mewujudkan perpaduan rakyat Malaysia berpaksikan amanat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

"Kita hanya sambung usaha pemimpin-pemimpin Umno terdahulu seperti Bapa Merdeka Malaysia yang amat pentingkan perpaduan.

"Sekarang saya tengok perpaduan sudah jadi benda kecil dengan timbulnya banyak isu perkauman dan keagamaan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Parti Ikatan yang diadakan dekat sini, Khamis.

Tidak menjadikan jawatan dan pangkat sebagai agenda utama, Abdul Kadir selaku protem presiden parti ini juga menegaskan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

"Masih terlalu awal untuk cakap fasal bertanding.

"Kita beri tumpuan kepada perpaduan dulu, bawa balik rakyat Malaysia ke pangkal jalan supaya mereka bersatu dalam sebuah negara," tegasnya.

Walau bagaimanapun beliau berkata Ikatan akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Malah beliau turut meletakkan keyakinan menjadi parti terbesar di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Saya menyasarkan keahlian sebanyak 500,000 hingga satu juta dalam tempoh setahun.

"Saya yakin parti ini akan menjadi parti terbesar di negara ini, bukan sekarang tetapi selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Ikatan, Abdul Kadir berkata pihaknya telah menghantar borang kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun lalu.


jendela maya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog