pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 8, 2013

Tu Dia !!! Demi Keuntungan Politik, Hadi Awang Sanggup Makan Nasi Kangkang DAP




Dari hasil Mensyuarat yang di lakukan Pakatan Haram berkenaan isu kalimah Allah yang di tuntut Lim Guan Eng , siang tadi. Hadi Awang selaku Presiden PAS dengan bangganya membuat pengumuman bahawa PAS tidak menghalang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah, tapi dengan syarat tidak di salah gunakan.

Apalah yang bengap sangat Hadi Awang ni, Dah kena nasi kangkang DAP ka sehinggakan sanggup menjadi penjilat kekotoran DAP di dalam agenda mereka untuk menyerang akidah Umat Islam di Malaysia ?

Apakah gerakan kristianisasi di dalam menyalah guna kalimah Allah, mereka hendak berterus terang bahawa mereka menyalah gunakan kalimah Allah untuk menyesatkan akidah Umat Islam ? Pastinya Tidak !!!

Hadi Awang tak menggunakan otak sepenuhnya ka yang di kurniakan Allah S.W.T di dalam memikir untuk membuat satu keputusan supaya Umat Islam tidak akan tergugat dengan anasir yang cuba menyerang akidah Umat Islam.

Cuba ahli PAS tanya pada Hadi Awang, Apa tujuan di sebalik Kristian hendak menggunakan kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu ? Apakah bangsa lain selain bangsa Melayu di Malaysia tidak fasih ka dengan bahasa ibunda mereka sehingga terpaksa di lakukan di dalam versi Bahasa Melayu malahan di tuntut pulak agar menggunakan kalimah Allah.

Sedarkah kita Umat Islam bahawa :-
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” [Al Baqarah 120]
Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalian pun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda Baginda: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam penjelasan Hadi Awang untuk menghalalkan permintaan DAP itu, dia mengunakan alasan bahawa  " PAS tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran"

Sebagai Umat Islam, kita patut mempertahankan kalimah Allah berlandaskan maksud Al-Quran bukannya dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah sekiranya jauh tersimpang dari maksud sebenar dari Al-Quran.


Rukun Iman mewajibkan supaya Umat Islam beriman kepada kitab-kitab suci, maka bagi kita umat Nabi Muhammad S.A.W perlu beriman kepada kitab suci Al-Quran yang di turunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W kerana di dalam Al-Quran telah mewajibkan Umat Islam supaya beriman kepada kitab Taurat dan Kitab Injil ( Yang tidak di selewengkan ahli-ahli Kitab Yahudi dan Nasrani terdahulu )



" Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka memutar-mutar lidahnya membaca kitab, supaya kamu menyangka ( yang dibacanya itu ) sebahagian daripada kitab, sedang yang sebenarnya bukan sebahagian dari kitab. Mereka mengatakan itu daripada Allah sedangkan yang sebenarnya bukan daripada Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui" ( Ali Imran : 78 )


"...Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa" ( Surah Al- Maa'idah 5:46)

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka). ( An-Nisaa' 4:46 )

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. ( Al-Baqarah 2:79 )
Bagi kefahaman Umat Islam, Allah S.W.T adalah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T, Allah S.W.T tidak ada jantinanya, Allah S.W.T tidak beranak dan tidak di peranakan. Ianya berbeza dari Tuhan yang di fahamkan agama Kristian yang mempunyai anak iaitu Jesus ( Nabi Isa ), ini bermaksud ada banyak Tuhan iaitu Tuhan Bapa ( Yesus ), Tuhan Anak ( Jesus ).

Kenapa bahayanya agenda pengunaan kalimah Allah di gunakan di dalam Bible Versi Bahasa Melayu?


Dalam kegiatan gerakan Kristinisasi di Malaysia ianya menumpukan kepada Bangsa Melayu kerana di Malaysia jika di sebut Bangsa Melayu, ianya berkait rapat dengan Agama Islam, jika di sebut Agama Islam di Malaysia, pastinya ia berkait rapat dengan Bangsa Melayu. Merosakan akidah Bangsa Melayu ianya di ibaratkan merosakan akidah Umat Islam. Sebab itulah DAP yang majoritinya beragama Kristian dan mempunyai niat menentang Islam beria-ia mahukan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu.


Mungkin sekarang ianya kurang memberi bahaya kepada Islam sekiranya di benarkan kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu, tetapi kesannya adalah kepada Generasi Umat Islam Malaysia yang akan datang kerana ketika itu pastinya Bangsa Melayu yang majoriti beragama Islam akan berhadapan dengan konflik memahami kefahaman mengenali Allah S.W.T yang sebenar. Ketika itu gerakan kristianisasi bertambah mudah untuk merosakan akidah Umat Islam.


1 comment:

Anonymous said...

SEBENARNYA HADI TELAH DIHINA ALLAH....ALLAH TELAH MENCABUT IMAN DAN KEWARASAN HADI....MAKA JADILAH IA UMPAMA HAIWAN YANG TIADA AKAL....DIHINA,DIPERBODOHKAN DAP, DITOLOLKAN DAP......DICUCUK HIDUNG,DISURUH GEKLENG-GELANG, DISURUH ANGGUK ANGGUK......TAK PAYAH PEDULI LAH SITOLOL NI KERAN RAKYAT TELAH MENILAI DIA...PRU NANTI GOOD BYE HADI.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog