pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 4, 2013

Terkini !!! Permasalahan Madrasah Salihiah Temu Titik Kesudahan Setelah Masuk Campur Yang Di-Pertuan Agong


Akhirnya kes Madrasah Salihiah bertemu titik kesudahan apabila masuk campur Yang Di-Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang meminta permasalahan terbabit di selesaikan cara baik di luar Mahkamah.

Dengan ini tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah akan di gantikan dengan tanah baru yang hanya 200 meter dari jarak yang asal serta pembinaan semula Madrasah terbabit dengan menggunakan kos yang akan di bayar oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK)

Maka di sini, plan merapu dana yang hendak di buat Azizan Razak, iaitu pembinaan surau menampung 400 orang jemaah di dalam Pusat Beli Belah yang hendak di bangunkan tidak akan di guna pakai lagi.

Gambar Rajah Surau yang di mainkan PAS yang akan di bina dalam bahagian
Pusat Beli Belah Aman Centrel
ALOR SETAR - Kes Madrasah Salihiah Kanchut di sini diselesaikan secara baik di luar mahkamah setelah pihak plaintif dan defendan mencapai kata sepakat untuk berbuat demikian hari ini.

Peguam, Jesvinder Jit Singh berkata anak guamnya yang juga waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah iaitu Jamludin Murad, 58; Fadzil Ishak, 61; Fidel Firaidi Mustafa, 49; dan Fidel Firaidid Mustafa, 49; telah menarik balik kes setelah bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Defendan bersetuju menyediakan lot baru untuk membina semula surau menggunakan wang pampasan (yang dibayar kepada Maik RM1.43 juta) kira-kira 200 meter daripada tapak asal," katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah, Mansor Ahmad berkata pihaknya akur dengan perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

"Kita menghormati segala cadangan dan pandangan baginda bagi selamatkan keadaan supaya tidak jadi lebih serius. Kita berterima kasih sebab cari penyelesaian dan tuanku sebagai ketua agama telah mencari jalan penyelesaian yang baik," katanya.

Mansor berkata tindakan pihaknya mempertahankan madrasah berkenaan sebelum ini bukanlah atas dasar politik sebaliknya demi kepentingan agama.

"Lepas ini kita akan membentuk satu jawatankuasa bersama untuk melantik arkitek dan 'design'... Lepas ini kita akan mohon taraf sementara masjid jamek dan jika ada perkembangan positif mohon jadi masjid," katanya.

Pada 6 Mei tahun lepas, Jamludin, Fadzil, Fidel Firaidid dan Fidel Firaidi, memfailkan injunksi sebagai usaha menghalang bangunan Madrasah Salihiah dirobohkan kerajaan negeri bagi membina pusat membeli-belah.

Majlis Agama Islam Kedah (Maik), Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.- Bernama


Pisau Kedah :-

Pisau Kedah tidak mahu mengulas panjang lagi bab Madrasah Salihiah kerana sebagai rakyat yang taat pada Raja , Pisau Kedah menjunjung kasih  perintah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog