pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, January 6, 2013

Panas !!! PERKASA Kedah Buat Azizan Tidur Tak Lena


PADANG TERAP 4 Jan. - Rakyat negeri ini dipelawa meninjau kawasan hutan di Charok Batang Padi di sini yang digondolkan oleh kerajaan Pas Kedah bagi membolehkan mereka menilai sendiri kesan aktiviti pembalakan berhampiran Tasik Pedu itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebagai pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan, pihaknya membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat untuk melihat kerakusan kerajaan Pas Kedah meneroka hutan dengan alasan kononnya untuk membuka ladang buah-buahan.

Justeru, beliau mengalu-alukan inisiatif Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk membawa kira-kira 5,000 rakyat negeri ini ke kawasan pembalakan berkenaan pada 11 Januari ini.

"Bagi saya itu hak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk membawa rakyat datang ke sini sebab mereka nak tengok betul atau tidak kawasan hutan yang digondolkan itu terletak berhampiran Tasik Pedu. Mereka bukannya datang hendak buat rusuhan.

"Kalau orang Padang Terap yang tak pernah sampai ke kawasan itu, elok mereka pun berada di sana melihat sendiri supaya tidak lagi tertipu dengan alasan-alasan diberikan kerajaan Pas Kedah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian zakat perniagaan dan sumbangan pendidikan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Naka di pejabat pertubuhan tersebut, di sini semalam.

Perkasa Cawangan Kota Setar baru-baru ini dilaporkan akan membawa kira-kira 5,000 rakyat negeri ini ke kawasan pembalakan di Tasik Pedu pada 11 Januari ini bagi membolehkan rakyat melihat sendiri kerakusan kerajaan Pas Kedah memusnahkan kawasan hutan di situ.

Rombongan itu akan bertolak kira-kira pukul 3 petang dengan kira-kira 100 buah bas yang disediakan bagi tujuan tersebut dan bagi yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi talian 019-4002600.

Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang negeri berkata, sememang menjadi hak kerajaan negeri untuk menebang balak kerana hutan berada di bawah kuasa mereka tetapi mesti mengikut proses dan peraturan yang ditetapkan dalam urusan pembangunan tanah hutan.

"Kerajaan negeri nak buat apa, buatlah, sebab itu hak dia, tetapi carilah kawasan yang bersesuaian. Jangan teroka kawasan sensitif dan boleh merosakkan alam sekitar.

"Ikutlah EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar). Kalau sudah teroka hutan tepi tasik, tidak payahlah nafi kata jauh dari tasik," ujar beliau.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran kerajaan Pas Kedah meneroka sehingga kira-kira 350 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu bagi membangunkan ladang buah-buahan kerana projek itu boleh dilaksanakan di kawasan lain dan secara berperingkat.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya terlebih dahulu membuktikan kejayaan projek yang ingin dilaksanakan itu dalam skala lebih kecil daripada terus menebang kawasan hutan yang luas sedangkan kejayaannya belum dijamin.

Tindakan itu, kata beliau, menunjukkan polisi kerajaan negeri yang tidak konsisten apabila mencampuradukkan semua perkara dalam satu 'bekas'.

"Contohnya tunjuk dulu dalam 50 hektar, kalau sudah maju, tanam lagi 50 hektar. Ini tebang balak dulu kira-kira 350 hektar, baharu nak tanam buah.

"Itu bagi saya polisi tidak konsisten, macam nak masak mi segera, Masa itu nak masak, masa itulah nak masukkan semua bahan. Saya tidak yakin projek ladang buah-buahan itu akan menjadi satu kawasan agro pelancongan seperti yang dicanang kerajaan negeri," katanya. - Utusan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog