pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, October 16, 2012

Terkini !!! MAS Tukar Logo Sempena Melancar Pesawat Airbus A380

mas-a380-1-web

Kuala Lumpur- Logo Malaysia Airlines (MAS) pada pesawat Airbus A380 yang di tukar kepada warna biru adalah bagi memperingati pelancaran persawat super jumbo milik MAS itu yang mula beroperasi pada 1 Julai lepas.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat-pesawat MAS yang lain masih mengekalkan logo koporat asal dengan warna merah dan biru.

"MAS sedang giat melaksanakan pelan pemulihan syarikat dengan sasaran untuk  mencatatkan keuntungan menjelang tahun 2014.

"Antara strateginya adalah untuk menarik kesemua penumpang melalui penjenamaan semula MAS dan memperkenalkan logo baru eksklusif untuk pesawat Airbus A380 yang merupakan pesawat kemegahan terbaru," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).

Najib yang juga menteri kewangan berkata, MAS bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat mengenai kos penjenamaan semula kerana terikat dengan peruntukan kerahsiaan dalam kontrak berkenaan.

Katanya peruntukan berkenaan merupakan peruntukan standard dalam mana-mana kontrak untuk melindungi kepentingan pihak yang terlibat. Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog