pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, October 17, 2012

Eksklusif !!! Penduduk Sungai Petani Naik Berang Tuntut Janji Ahli Parlimen PKR, Johari Abdul Dan Ahli Majlis MPSPK









Makbul Illahi (kiri) Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Sosial Daerah Kuala Muda
bersama Dr Lee Yean Wang

Dr Lee Yean Wang (Wakil Penduduk Taman Mutiara ) menyerahkan memorandum
kepada Ahli Majlis MPSPK


Sungai Petani 17/10- Lebih kurang 100 penduduk Taman Mutiara hari ini telah mengadakan satu himpunan menuntut pihak berkuasa tempatan, Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul supaya menunaikan janji mereka untuk menyelesaikan isu pencawang telekomunikasi dengan secepat mungkin yang telah didirikan tanpa lesen kerana telah menganggu kesihatan penduduk berdekatan yang duduk berdekatan dengan pencawang berkenaan.

Pencawang tersebut di percayai milik syarikat Packet One Network (M) Sdn Bhd, telah di pasang di atas bangunan dua tingkat yang di sewa dari seorang peniaga kedai runcit Taman Mutiara tujuh bulan yang lalu.

Menurut wakil penduduk Taman Mutiara, Dr Lee Yean Wang dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda, Encik Makbul Ilahi, pencawang yang di pasang di atas bangunan dua tingkat tersebut yang sudah tujuh bulan beroperasi itu selalu menganggu kesihatan penduduk Taman Mutiara yang rumah berdekatan dengan pencawang tersebut.

Malahan melalui tinjauan yang di lakukan Pisau Kedah tempat berkenaan terdapat sebuah rumah yang menempatkan pusat penjagaan warga emas hanyalah 50 meter dari tempat pencawang yang di pasang.

Setelah selesai berhimpun, satu memorandum telah di serahkan wakil penduduk dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda kepada pihak berkuasa tempatan MPSPK dan memorundum itu telah di terima Ahli Majlis MPSPK yang mewakili Yang Di-Pertua MPSPK di bangunan MPSPK.

Memorundum tersebut mendesak supaya pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera, meroboh menara telekomunikasi yang didirikan secara haram mengikut Notis runtuh (24jam) yang telah di keluarkan MPSPK pada 03 Julai lalu.



Pisau Kedah :- 

Nantikan Pisau Kedah akan dedahkan satu persatu penipuan Ahli Parlimen (PKR) Sungai Petani, Johari Abdul dan Ahli Majlis MPSPK, P. Sritharan ( berjawatan dalam PKR Cabang Sungai Petani) terhadap penduduk Taman Mutiara berkenaan isu menara telekomunikasi ini.

Malahan Pisau Kedah akan dedahkan satu tindakan rasist Ahli Majlis MPSPK serta PKR Cabang Sungai Petani P. Sritharan Menghina kaum cina taman berkenaan.

1 comment:

anoymous said...

Nanti pru13 jum pakat undi pkr lagi...setuju tak pisau..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog