pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, January 5, 2013

Perlu Pencerahan !!! Benarkah Biro Tata Negara ( BTN ) Sudah Jadi Agensi Penternak Penyokong Anwar ?? @NajibRazak @ahmadmaslan





BERITA PECAH BLOG!!! Rupanya ada lagi perosak-perosak kerajaan yang masih senang dengan pangkat dan selesa menghuni kerusi empuk pemberian kerajaan namun masih melakukan kerja-kerja yang lebih menjurus kepada kehancuran kerajaan. Siapa punya angkara?

Ronda-ronda di facebook sebentar tadi terlihat pula satu posting bergambar yang dikeluarkan oleh Apa Sengeh-sengeh (boleh lihat di SINI) yang menunjukkan gambar Ketua Pengarah BTN, Raja Arif dan salinan surat meminta sijil yang dikeluarkan oleh pihak ABIM. ABIM??? 

Setahu aku, ABIM ni pusat pengkaderan penyokong bontot Anwar sejak dulu lagi. Memandangkan yang Anwar pun pernah jadi kepala ABIM, jadi tidak mustahil ada lagi saki baki pengikutnya dan kemungkinan besar juga yang ABIM masih bersama Anwar untuk menjatuhkan kerajaan dan menentang pentadbiran Najib Razak. 

Bukan niat aku nak menjatuhkan agensi kebanggaan negara ini tapi cuma hairan dengan sikap beberapa kepimpinan dalam BTN yang aku lihat lebih cenderung kepada pembangkang sejak kebelakangan ini. Surat di atas menjadi saksi yang BTN menjalin hubungan yang baik dengan ABIM walau dah mengetahui yang organisasi terbabit adalah penyokong kuat kepada Ketua Pembangkang Malaysia. 

Minta tolong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk jelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah peranan sebenar BTN dalam menjalinkan kerjasama yang utuh antara ABIM. Minta Ahmad Maslan beritahu kepada rakyat kenapa diluluskan peruntukan sebegitu besar (RM73,000.00) untuk menjalankan lima kursus kepimpinan hanya kepada ABIM Sabah. 

Sedangkan banyak lagi program-program anjuran kelab atau persatuan yang solid menyokong kerajaan tidak diendahkan untuk pemberian dana bagi melakukan program. Tidak tahu mana silapnya tetapi amat berharap sama ada Ahmad Maslan atau Raja Arif menjawab supaya agensi BTN tidak lagi tercalar menjelang pilihanraya ke-13 ini. 

Dalang sebenar dalam agenda menjatuhkan kerajaan semakin dikenalpasti. Kami rakyat marhaen tak pandai nak bodek dan tak pandai nak duduk kerusi empuk di atas tapi kami terpaksa jujur untuk mengatakan ada beberapa perkara yang kelihatan fishy yang mana umpama BTN ini membantu kumpulan penyokong Anwar untuk terus menghentam kerajaan Najib yang sedia ada. 

Mohon pencerahan...

Sumber JawaBer6

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog