pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, January 7, 2013

Apakah Blogger Pro BN Di Anak Tirikan Para Pemimpin BN Berbanding Blogger Pro Pakatan Haram ???



Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

(Gambar kiri,Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri.Hrkh - SUMBER


Pisau Kedah :-

Mengapa perlu di lihat sebelah pihak sahaja sedangkan ramai blogger dari kalangan pro Pakatan Haram juga selalu melakukan perkara yang sama tetapi di diamkan mereka sahaja tanpa memohon maaf walau menyedari perkara berkenaan adalah fitnah.



Salah satu fitnah yang di lakukan blogger penjilat PAS Kedah


Seperti mana anda melihat print screen satu blog penjilat PAS Kedah yang mengfitnah TV3 dengan niat cuba mengaibkan Isteri Perdana Menteri Malaysia apabila menyebarkan gambar yang telah di edit menuduh TV3 telah mengiktiraf  Isteri Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri.

Sehingga ke hari ini, artikel berkenaan tidak di tarik balik ( Mungkin lepas ni di tarik balik sebab kantoi mengfitnah ) sedangkan hakikatnya sudah sah gambar berkenaan telah di edit. Namun tiada langsung pemohonan maaf secara terbuka walaupun menyedari ianya satu fitnah.

Selain itu semua masih ingat tak lagi berkenaan gambar panas Perdana Menteri Malaysia menyembah salib yang telah di edit cybertrooper Pakatan Haram


 


Bagaimana pulak dengan gambar di bawah ini apabila patung yang menunjukan Isa Samad di salib penyokong PAS yang mengadakan demonstrasi pada 28 Disember 2012 di Wisma FELDA Jalan Semarak, adakah ianya tindakan yang tidak keterlaluan penyokong PAS ?



Mungkin blogger pro Pakatan Haram bernasib baik berbanding blogger pro BN,  sebab kebanyakan pemimpin BN ini berhati baik belaka kerana tidak sanggup menyaman blogger pro Pakatan Haram walaupun terbukti mereka di fitnah atau di aibkan

Di sebabkan hati baik pemimpin-pemimpin BN lah sehingga kini blogger pro Pakatan Haram sedang bermaharaja lela mengfitnah serta mengaibkan pemimpin BN walaupun ianya terbukti.


1 comment:

SHAH ALAM REBELS said...

SALAM TUAN.. MOHON DIPAUTKAN LINK BLOG KAMI DALAM BLOGROLL TUAN.. TERIMA KASIH.. http://shahalamrebels.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog