pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, August 5, 2012

Panas !! Masalah Air Kelantan, Nik Aziz kata bukan kerja dia



Kota Bharu: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, mengambil sikap lepas tangan terhadap masalah air yang kini serius melanda beberapa jajahan terutama di Pasir Mas. 

Beliau yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata, masalah dihadapi penduduk itu bukannya kerja beliau kerana ia adalah tanggungjawab pegawai ditugaskan di 
 kawasan berkenaan. 



“Tempat tertentu itu bukan kerja saya, pihak berkenaan tempat itu yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai masalah air di Pasir Mas yang sudah berlarutan beberapa hari sehingga menjejaskan kerja harian penduduk selain pendapatan peniaga kecil di jajahan itu.

Selain Pasir Mas, jajahan Tumpat juga mengalami masalah sama apabila urusan memandikan jenazah satu keluarga terganggu selama empat jam disebabkan tiada bekalan air sehingga terpaksa menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air.

Jawatankuasa khusus di setiap jajahan 


Ditanya apakah usaha kerajaan negeri mengatasi isu ini, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri sudah berikhtiar untuk menjaga air dan sudah menubuhkan jawatankuasa khusus di setiap jajahan bagi memantau masalah berkenaan.

“Selain itu, masalah air di negeri ini mungkin berlaku disebabkan kakitangan yang diperlukan dalam menjalankan kerja di sektor berkenaan tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berharap kakitangan atau pegawai yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan air supaya jangan berpeluk tubuh apabila mengetahui ada berlaku masalah air di kawasan mereka.

“Sekiranya dia (pegawai) tahu mengenai sesuatu tempat yang tiada bekalan air, sedangkan dia sebagai pegawai mengambil sikap duduk diam, maka pegawai terbabit akan menanggung dosa nanti,” katanya





Pisau Kedah :-


Apa la mangkaq sangat Nik Aziz ni. Dia dah nyanyok ka yang dia memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dah lebih 20 tahun. Sebagai Menteri Besar, menyelesaikan masalah rakyat kerja dia la...............

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog