pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, August 5, 2012

Panas !!! Khalid Ibrahim guna duit rakyat Selangor membiayai kos guaman Rafizi



Antarapos – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli tiada kepentingan ke atas negeri Selangor, jadi tiada alasan kerajaan negeri itu perlu membiayai kos guamannya atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata, tuduhan yang dibuat ke atas Rafizi itu bukan mewakili kerajaan Selangor justeru tiada sebab kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu untuk membiayai kos guaman Rafizi.
Tambahan Rafizi baru melepaskan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada Jun lalu.
“Apa alasan dia hendak tanggung kos guaman Rafizi? Adakah dia kakitangan awam kerajaan Selangor?
“Tuduhan yang dibuat ke atas Rafizi, adakah ia mewakili Selangor? Kalau jawapan ini tiada, jadi tiada sebab kerajaan perlu guna duit rakyat untuk tanggung guaman Rafizi yang menghadapi pertuduhan jenayah,” katanya ketika dihubungi AntaraPos.
Baru-baru ini Khalid mengumumkan Selangor bersedia membiayai kos guaman Rafizi yang didakwa kerana mendedahkan tiga akaun berkaitan Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pengerusi Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail.
Rafizi disabitkan di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) 1989.
Khalid memperuntukkan sebahagian daripada wang RM5 juta Geran Selangorku.
Daripada jumlah wang itu, katanya hanya sepuluh peratus sahaja akan diperuntukkan untuk kegunaan tersebut.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah tindakan Khalid itu membuktikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok itu dilihat menyalah gunakan kuasanya, Zain bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Katanya, sikap Khalid yang sering ‘cakap tidak serupa bikin’ juga terbukti apabila Khalid gagal membentangkan kertas putih berkenaan hutang Talam Corporation walaupun sudah berjanji untuk berbuat demikian dua tahun lalu.
“Terang-terangan (salah guna kuasa) . Saya fikir, Khalid ini perlu ambil sebagai satu tanggungjawab. Jangan ada pandangan cetek. Itu dah lama macam tu.. (cakap tidak serupa bikin). Kalau dia boleh cakap bohong dalam Sidang DUN, dia kata nak sediakan kertas putih, dua tahun dulu, tapi sekarang apa nilai dia.
“Terpulang pada rakyat Selangor buat penilaian. Saya fikir tindakannya semata-mata untuk dapat keuntungan politik,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog