pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, August 10, 2012

Panas !!! Kenyataan Dato' Mukhriz Mahathir buat PAS Kedah tak senang duduk



PAS dengan riaknya selalu mengatakan mereka pasti akan dapat pertahankan Kedah daripada jatuh kembali ke tangan BN pada PRU 13 ini.

Dengan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri, terlalu sukar untuk PAS mempertahankan Kedah. 

Mungkin apa yang di perkatakan Dato' Mukhriz Mahathir akan membuat PAS sedar dan dapat menerima hakikat akan situasi sokongan rakyat terhadap Pakatan haram di Kedah.
Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi tidak mahu selesa dengan pandangan dan laporan positi dilontarkan pelbagai pihak sejak kebelakangan ini. 
“Insya-ALLAH. Memang itu yang sedang kita usahakan," kata Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir. 
Dengan merujuk kepada persaingan Sukan Olimpik, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, "kita sekarang pun dalam musim Olimpik dalam larian maraton ini, walaupun kita memecut 80 peratus daripada perjalanan itu, kadang-kadang 20 peratus yang terakhir itu penentunya." 
"Kalau kita tak cukup kudrat, kita silap-silap belum sampai garis penamat dah tersungkur,” katanya. 
Mukhriz menambah, beliau rasa seronok apabila mendengar pandangan pelbagai pihak yang positif terhadap BN di Kedah. 
"Tetapi saya tidak mahu kenyataan-kenyataan itu akan melarikan perhatian kita pada matlamat sebenar kita iaitu untuk menawan negeri Kedah,” katanya.


Pisau Kedah :-

Rakyat dah sedar bahawa parti-parti yang berada dalam gabungan Pakatan Haram merupakan parti yang sukar untuk bersatu hati di dalam mentadbir Negeri. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog