pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, August 9, 2012

Panas gila !!! Peguam Anwar Mengaku Salah & Mohon Maaf Keluar Kenyataan Tanpa Asas



AIDCNews – 08/08/12 – Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazaf hari ini mengaku salah dan memohon maaf berhubung kenyataannya terhadap Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pada 18 Ogos 2011 yang disiarkan di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.
“Kami (Kamar Ainiah dan firma guamannya) telah menyatakan beberapa perkara dan kami juga telah menyatakan beberapa perkara itu kepada media berhubung plaintif pada hari berkenaan. Kami mengaku kami tidak ada asas untuk menyokong dakwaan yang dibuat.
“Oleh yang demikian, kami memohon maaf, tanpa sebarang keraguan dan melahirkan rasa kesal penuh ikhlas kepada plaintif bagi sebarang tekanan mental, kerugian dan penderitaan yang ditanggung beliau dan sebarang syak wasangka yang mungkin timbul dan atau berbangkit terhadapnya sebagai akibat daripada dakwaan-dakwaan tersebut.
“Bagaimanapun, permohonan maaf ini tidak boleh digunakan dalam prosiding syariah yang difailkan oleh anak guam kami,” kata Kamar Ainiah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera untuk direkodkan dengan disaksikan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Kamar Ainiah serta peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay dan Nizam Bashir bagi pihak Zainur Rijal.
Berikut disiarkan kenyataan Kamar Ainiah dalam Malaysiakini, 18 Ogos 2011 yang memfitnah Zainul Rijal
Kes Qazaf: Anwar mohon lucutkan peguam JAWI
  • Hazlan Zakaria
  • 12:46PM Ogos 18 2011
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakli Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.
Beliau menamakan peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebagai responden dan memohon mahkamah supaya beliau  ditegah dan tidak dibenar mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
NONEKetiga-tiga mereka terbabit dalam kes berhubung keenganan JAWI membenarkan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.
“Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie,” kata Kamar Ainiah Kamaruzaman (kiri) yang mewakili Anwar.
Gesaan itu dibuat berdasarkan reaksi Zainul yang dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan mahkamah sivil.
Sebelum ini, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah syariah didakwa menjadi faktor kepada penangguhan kes Qazaf yang melibatkan Mohd Saiful dan Anwar Ibrahim yang kini menjangkau lebih daripada tiga tahun.
Alasan teknikal
Malah hak Ketua Umum PKR itu didakwa terus diketepikan apabila  Zainul yang mewakili kerajaan sering menggunakan pelbagai alasan teknikal bagi mengelak kes tersebut daripada didengar sejak 2008.
NONE“Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.
“Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat,” kata Anwar.
Zainul (bawah) yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.
Belum didengar
Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan  Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.
subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalDengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu.
Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden – pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Rayuan itu belum didengar.
Turut disiarkan kenyataan Kamar Ainiah dalam Malayskini, 30 Jan 2012 yang menarik balik fitnah duit  zakat
Qazaf: Peguam bantah hakim, keluar mahkamah
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:39AM Jan 30 2012
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, hari ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha.
Ini kerana hakim berkenaan memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi untuk mendengar permohonan mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.
NONEPeguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman (kiri) berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.
Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka dan bertindak terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan penyokongnya.
“Kami tidak boleh mengambil bahagian (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.
“Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman,” kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.
Menurutnya lagi, permohonan kebenaran untuk mendengar permohonan untuk mengetepikan notis rayuan Anwar adalah dipohon sendiri oleh barisan peguam pemohon.
“Sepatutnya perkara itu diselesaikan (terlebih) dahulu, tetapi mahkamah memutuskan mohon kebenaran tidak relevan. Walhal, (ianya) permohonan mereka (untuk) mohon kebenaran,” katanya sambil menambah tindakan mereka keluar sebagai tanda menghormati prosedur mahkamah.
Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok. Manakala pemohon diwakili tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
Notis hina mahkamah
Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan – Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun – memutuskan demikian selepas meneliti surat cara permohonan dan mendengar hujah kedua-dua pihak selepas mahkamah ditangguhkan selama setengah jam.
Selepas mendengar keputusan tersebut, Kamar Ainiah bangun membantah keputusan itu dan menegaskan akan membuat semakan kehakiman. Kemudian mereka bertindak keluar mahkamah.
Sebelum peguam responden itu keluar mahkamah, Roslizam – ketua barisan peguam pemohon – lantas bangun dan mendakwa tindakan Kamar Ainiah itu dianggapnya menghina mahkamah kerana hakim membenar prosiding diteruskan.
Bahkan Roslizam meminta Kamar Ainiah menarik balik kenyataannya bahawa peguam pemohon “boleh mengambil duit zakat”. Bagaimanapun Kamar Ainiah menarik balik kenyataan beliau itu.
Penarikan itu dibuat selepas hakim mahu merekodkan kenyataannya itu sebab ianya dibuatnya dalam mahkamah sambil desakan yang dibuat oleh Roslizam
Ditemui pemberita selepas prosiding, Roslizam berkata pihaknya akan memfailkan notis tunjuk mengikut seksyen 229 Akta Tatacara Mal 1998 dengan sebab tindakan mereka itu didakwa “menghina mahkamah”.
“Notis (yang menyatakan bahawa) kenapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah,” kata Roslizam.
Katanya, responden hari ini membangkitkan isu baru, sedangkan sewaktu peringkat mana-mana pengurusan kes, perkara tersebut tidak dibangkitkan pada waktu tersebut.
Anwar pada 23 April tahun lalu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berikutan keputusan mahkamah membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.
Anwar pada Ogos tahun lalu juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog