pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, August 11, 2012

Fatwa Kedah mengharamkan majalah Mangga



Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”


Pisau Kedah menyokong 100% tindakan yang di ambil Jabatan Mufti Negeri Kedah berkaitan perkara di atas,

Pisau Kedah mengharapkan janganlah Jabatan Mufti bersikap double standard dengan membiarkan pusat hiburan di Kedah tumbuh bak cendawan yang kunjungi juga oleh bangsa Melayu beragam Islam.

Jangan di biarkan Jabatan Agama Islam Kedah dan Pihak Berkuasa Tempatan kerja duduk saja  tanpa memantau ke adaan yang menyedihkan itu

1 comment:

Anonymous said...

Dok sibuk kat Mangga saja. Mana lagi besar dosa? Fitnah ka pakai seksi? Awat depa tak suruh kerajaan negeri tutup pusat hiburan kat Kedah ni kalau betui-betui depa tu orang beragama. jangan double standard la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog