pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, August 4, 2012

Eksklusif !!! Bukti lagi kegagalan projek GLC kerajaan negeri Kedah. ( Kedah Agro & PMBKed )



Hanya beberapa orang yang mengunjungi Agro Bazar Ramadhan

Semua ada 7 khemah. termasuklah 2 khemah untuk parking kereta..

Pehh.. Dah bersih gila.. tidak seperti gambaran yang sebelum ini Pisau Kedah
tunjukan pada anda, di mana kawasan ini di penuhi semak samun yang tidak di selengara
di sini



Agro Bazar Ramadhan yang terletak di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai (4PLJ) kawasan Pesiaran Aman Jaya merupakan bazar Ramadhan usahasama di antara Kedah Agro dan PMBKed.


Bazar Ramadhan tersebut telah membuktikan lagi kegagalan GLC Kerajaan Negeri di dalam menguruskan projek-projek kerajaan negeri setelah gagal menarik kehadiran penjual dan pengunjung walau pun promosi yang di lakukan Kedah Agro dan PMBKed dengan meletakan kain rentang di kebanyakan tempat di sekitar kawasan perumahan yang berhampiran bazar ramadhan tersebut. Malahan beberapa pengunjung terawal akan di berikan keli goreng secara percuma.


Sekiranya kita melihat di kain rentang yang telah di pasang di pelusuk kawasan perumahan yang berhampiran tertera kenyataan mengatakan jualan kuih raya dan baju raya akan bermula dari 21 Julai. Namun sehingga hari ini masih belum ada lagi gerai yang menjual kuih raya dan baju raya.


Dari sumber maklumat yang di perolehi, perniaga keenganan berniaga di tempat berkenaan adalah di sebabkan faktor tempat yang tidak strategik walau pun di katakan sewa yang di kenakan agak rendah berbanding bazar-bazar Ramadhan di kawasan Sungai Petani.


Bagi perniaga, tidak berbaloi untuk mereka berniaga di situ walau pun tidak di kenakan sewa, kerana sambutan dari pengunjung yang amat jelas sekali tidak mendapat sambutan malahan jalan masuk ke kawasan tersebut agak terpencil.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog