pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, September 30, 2012

Akhirnya Pertunangan Aktres Muda, Diana Amir Yang Di Sembunyikan Terdedah


Walaupun cuba berahsia, berita pertunangan aktres Diana Amir yang diadakan secara tertutup baru-baru ini, akhirnya berjaya dihidu.

Dalam hal ini, Diana sebenarnya wajar dipuji kerana dia telah mengikut syariat Islam apabila tidak menghebohkan majlis pertunangannya.

Bagaimanapun, itulah lumrah seorang selebriti. Kehidupan mereka sentiasa menjadi perhatian peminat termasuklah hal peribadi.

Diana turut berharap agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya kerana perhubungan mereka masih di peringkat awal.

Terpanas Di Pasaran !!!! VVIP Pulau Pinang Yang Berpewatakan Islamik Dan Warak Suka Berpoya-Poya Bakal Di Dedahkan.


Satu pendedahan yang bakal dilakukan MPP Online dari masa ke semasa mengenai seorang VVIP di Pulau Pinang berpewatakan Islamik dan Warak yang suka berfoya-foya dengan Amoi cun.

Apa yang dapat di fahamkan Amoi cun berkenaan di katakan menyediakan full servis kepada pelanggannya yang dahagakan belaian manja.

Selepas ni kita dapat la melihat VVIP berkenaan melompat minta nyawa setelah gambarnya sedang berfoya-foya dengan Amoi cun berkenaan di dedahkan.




Terpanas !!! Portal Rasmi Milik PKR Kantoi Mengfitnah YAB DS Najib Razak (Sebarkan)


Pada 25 September yang lalu, portal rasmi milik PKR, keadilan daily telah mengeluarkan satu artikel mengfitnah YAB DS Najib Razak namun ianya sudah di tarik balik oleh portal rasmi PKR setelah di katakan di arah Nurul Izzah dan Tian Chua apabila di desak oleh seorang wanita yang bernama June Low.


Menurut maklumat yang di perolehi gambar bekenaan telah di curi oleh portal rasmi PKR dari salah seorang penyokong BERSIH yang bernama JUNE LOW melalui akaun twitternya setelah dimuat naik ketika berada di satu acara kesenian yang di hadirinya.

dillme

June (right) with the 'Najib schoolbook' at the Gerai 1Malaysia event.
June Low (Kanan)
Menurut JUNE LOW  buku berkenaan bukannya di hasilkan oleh kerajaan, ianya di hasilkan oleh seorang artis grafik di pertandingan seni grafik yang di adakan di Galeri Annexe di Pasar Seni pada 22 September lalu.


Mari kita lihat artikel yang telah di padamkan oleh portal rasmi PKR namun sempat di print screen sebelum di padamkan.




Ternyata dan terbukti media Pembangkang merupakan media penabur fitnah yang banyak menipu di dalam menyampaikan maklumat kepada penyokongnya.

Dalam artikel berkenaan yang di siarkan portal rasmi PKR, Che Gu Bard juga tampil memberi ulasan yang menghentam YAB DS Najib Razak, setelah di hubungi pihak portal terbabit tanpa Che Gu Bard menyelidik dahulu akan kebenaran kisah berkenaan.

Setelah beberapa hari berlalu, Che Gu Bard menyedari akan perkara yang di terbitkan portal rasmi PKR itu adalah berita yang fitnah, Che Gu Bard dengan segera telah membuat pemohonan maaf dan mengatakan ianya tidak di sengajakan di dalam blog miliknya.

Apakah pemohonan maaf dan memberi alasan tidak di sengajakan setelah menyedari ianya fitnah yang di lakukan portal rasmi PKR boleh di terima pakai ??

Sebagai umat Islam kita sepatutnya selidik dahulu akan kebenaran cerita yang di terima sebelum mengakui iannya benar.

Layak ka Che Gu Bard ni nak jadi seorang pemimpin kalau maklumat tidak tepat yang di terima,pun di guna pakai untuk menghantam orang lain.?

Pisau Kedah menyarankan kepada pemuda UMNO/BN supaya mendesak pemimpin PKR tampil dalam sidang media secara terbuka membuat pemohonan maaf kepada YAB DS Najib Razak kerana portal rasmi milik parti mereka dengan terang-terang mengfitnah YAB DS Najib Razak..

Terpanas !!! Pendedahan Bahawa Anwar Langsung Tidak Pernah Menyukai PAS.



Perhubungan antara PAS dan PKR hanyalah semata-mata mahu menjatuhkan UMNO kerana sejarah penubuhan kedua-dua parti berkenaan adalah dari orang yang kecewa dari UMNO.

Bagi DAP peluang untuk menjatuhkan BN dan mentadbir Malaysia akan berhasil sekiranya kedua-dua parti pembangkang berkenaan berada di dalam satu payung oleh itu maka tertubuhlah satu pakatan haram yang bernama Pakatan Rakyat.

Sehingga ke hari ini Pakatan Rakyat masih belum berdaftar di bawah pendaftaran pertubuhan yang seharusnya di buat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Panas !!! Kerajaan Khalid Gagap Di Saman Oleh 1,300 Pengguna Air.





Shah Alam, 28 September -- Firma Guaman Kamaruddin And Partners, hari ini telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Peguam , Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.

"Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini.

Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu," ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.

Tambahnyaa, SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.

"Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008, pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.

Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.

Sehubungan dengan itu, saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata, Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

"Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Khabar Berita Baik Yang Patut Golongan Muda Mudi Ambil Tahu


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua dengan kriteria penerima diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.


Perdana Menteri berkata, pemberian sebanyak RM250 menerusi bantuan dikenali BR1M 2.0 itu mula dibayar awal tahun depan.

Kepada Pencinta Islam "Jom Boikot Old Town White Coffee" Kerana Kebiadapan Ngeh Koo Ham.(Mohon Sebarkan)

Kepada pencinta Islam seharusnya kita kena bersatu untuk menentang penghina Islam di Malaysia.
Marilah Kita Bersatu MEMBOIKOT 
Old Town White Coffee
yang dimiliki
Ngeh Koo Ham

Penghinaan Pertama Ngeh Koo Ham 
Terhadap Islam

Ngeh Koo Ham

Terbaru Ngeh Koo Ham mempersendakan status Halal
yang menjadi perkara sensitif umat Islam



Sejak akhir-akhir ini Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham yang juga pemilik Old Town White Coffee sudah beberapa kali menghina Islam namun ramai umat Islam masih leka dan tidak ambil pedulikan akan hal ini.

Umat Islam di Malaysia kini sudah berpecah di sebabkan politik, apakah di dalam isu Islam di hina, kita sebagai Umat Islam masih mahu berpecah ?

Ayuhlah marilah kita Umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk memboikot Old Town White Coffee sebagai tanda kita protes terhadap Ngeh Koo Ham yang langsung tidak menghormati sensiviti agama.

Tu Dia !!! Surat Cinta Anwar Kepada Jijah Telah Di Lelong..




Kerana untuk mencari dana bagi membantu PKR menghadapi PRU 13, Presiden PKR , Wan Azizah telah melelongkan surat cinta Anwar Ibrahim yang diutuskan dengan cara menyeludup keluar surat dari Penjara Sungai Buloh.

Memang terlalu mengelikan hati apabila Anwar bermewah-mewahan menaiki JET Peribadi yang di sewa khas selama 2 hari menelan belanja sebanyak RM96,000, isterinya Wan Azizah pulak terpaksa melelongkan surat cinta tulisan cakar ayam untuk membantu parti.

Saturday, September 29, 2012

Panas !!! Sham Kamikazer Di Sahkan Bercerai Setahun Yang Lalu Namun Masih Hidup Bersama .



Di sebalik penceraian yang berlaku di antara Sham Kamikazer dan bekas isterinya Farazila Abdul Jabar, boleh kita ambilkan sebagai iktibar supaya tidak memandang isu penceraiaan dan rujuk ini perkara yang remeh.

Penceraian merupakan satu perkara yang di benci oleh Allah S.W.T walaupun ianya halal.

Terpanas !!! Anwar Mendapat Nasihat Singaporean Doll Untuk Bajet Pakatan Haram

WANITA INI DIBERI GAJI 18K BERJAYA MEMPERBODOH ANWAR

Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan. 

Panas !!! Benarkah Nik Aziz Melelongkan Tongkat Untuk Di Jadikan Kambing Hitam Bagi Mengaburi Dana Dari Luar ???



Heboh satu Malaysia sebelum ini Anwar bermewah-mewahan menaiki Jet Peribadi yang sehingga kini masih belum diperjelaskan dengan betul sama ada di sewa, di pinjamkan atau di taja. Malahan cerita terbaru menambah kebingungan PKR apabila Hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya atas dakwaan telah menaja penerbangan Anwar dengan menaiki Jet Peribadi yang mewah bernilai RM96,000 untuk ke Sabah.

Di sebalik Ketua Pakatan Haram yang merupakan Penasihat PKR bermewah-mewahan, Nik Aziz pula terpaksa melelong tongkatnya untuk mencari dana di dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir menjelang.

Yang menjadi tanda tanya, apakah benar tongkat berkenaan di lelong Nik Aziz untuk mencari dana PRU atau tongkat itu saja di gunakan sebagai kambing hitam untuk mengaburi mata rakyat dari melihat dana yang di perolehi dari luar ?


Sekiranya pimpinan PAS tidak mengaburi mata ahli PAS bawahan, pastinya ahli PAS bawahan akan mempertikai dana yang di perolehi PAS untuk menghadapi PRU kerana dua parti sekutu PAS dalam Pakatan Haram kini sering terkantoi menerima dana dari Yahudi untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia.

Selepas ini mari kita lihat siapa yang akan membeli tongkat berkenaan dan berapa harga yang di tawarkan dan melalui sumber mana pembida tongkat berkenaan memperolehi kewangan.


Tu Dia !!! Anwar Kantoi Lagi Apabila Hartawan Sarawak Menafi Telah Membiayai Jet Peribadi Anwar


Terbaru kenyataan dari hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduhnya merupakan individu yang bertanggungjawap sponser Jet Peribadi kepada Anwar telah membuat  PKR semakin bingung untuk berhadapan dengan isu Jet Peribadi yang di gunakan Anwar semasa membuat penerbangan ke Sabah baru-baru ini.

Sehingga ke hari ini PKR masih belum lagi dapat memberi penjelasan yang sebenar akan isu Jet peribadai yang di gunakan Anwar

Malahan isu ini telah membuat PKR berbalah sesama sendiri apabila baru-baru ini , Tian Chua telah di beri amaran oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana 




Hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan beliau adalah individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya. 
"Saya tiada kaitan politik dengan Anwar walaupun beliau masih kawan saya."Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga kawan saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Akhbar semalam melaporkan spekulasi mengaitkan Chee Hua dengan urusan penyewaan jet eksekutif itu selama dua hari dengan nilai RM96,000 sewaktu Anwar berkunjung ke Sabah pertengahan bulan lalu. 
Laporan itu turut memuatkan kenyataan seorang anak Chee Hua iaitu Larry Sng Wei Shien yang menjelaskan beliau tidak berhak bercakap bagi pihak bapanya.
Namun, Wei Shien yang merupakan Presiden SWP menjelaskan, setahu beliau, bapanya yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau itu tidak terlibat. 
Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak. 
Lelaki itu kini dikatakan menghilangkan diri apabila isu berkenaan diperkatakanmedia selain belum melunaskan bayaran sewa jet itu.- Utusan 

Tu Dia !!! Terbukti Pemikiran Mahfuz Omar Setaraf Budak Tadika PASTI. @MahfuzOmar





Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah, Mahfuz Omar, hari ini menyindir hebat syarikat yang diberikan kontrak LRT Ampang, George Kent (M) Sdn Bhd, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu.

Mahfuz mencadangkan agar syarikat itu menukar mottonya kepada “Gua Kawan Perdana Menteri”, menjadikan potret Najib sebagai logo korporatnya dan menukar nama pejabat korporatnya kepada “Wisma Najib”.

Selamba saja Mahfuz menyuruh George Kent meletakkan kepakaran korporatnya iala bermain golf bersama Perdana Menteri di dalam profil syarikat berkenaan dan utamanya, Naib Presiden PAS paling banyak meroyan itu mempersoalkan kelayakan syarikat itu mendapat kontrak LRT tersebut.

Mahfuz menggunakan pertikaian Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, dalam hujahnya untuk menghentam syarikat berkenaan dan kononnya Perdana Menteri telah campur tangan dalam hal pemberian kontrak itu.

Persoalannya, apakah Mahfuz sudah ketinggalan keretapi dan tidakkah dia tahu bahawa Rafizi telah pun membuat permohonan maaf terhadap Perdana Menteri bahawa dia tersilap dalam pertikaiannya itu?

Rafizi mulanya mempersoalkan perkara yang sama dengan Mahfuz, namun dia kemudiaannya menyedari bahawa Najib langsung tidak campur tangan dalam hal ehwal pemberian projek berkenaan dan kemudiaannya meminta maaf atas tuduhan tersebut.

Mungkin dia takut disaman Najib setelah didakwa di mahkamah atas kesalahan berkaitan BAFIA.

Tapi Mahfuz yang “cerdik” sangat ini nampaknya cuba menjolok sarang tebuan dan apakah dia tidak takut muflis disaman atas persepsi yang cuba dikaitkan dengan Perdana Menteri dan syarikat itu?

Saya ingin bertanya Mahfuz, apakah dia fikir pihak kerajaan akan memberikan projek membuat jalanraya kepada syarikat Perusahaan Rempeyek Che Som? Dan apakah dia fikir syarikat George Kent itu tidak punya kepakaran dan kebolehan untuk menyiapkan projek LRT tersebut?

Sekiranya benar pun syarikat itu tidak mampu datau gagal menyiapkan projek berkenaan dengan baik, apakah dia fikir kerajaan tiada hak untuk menuntut sebarang kerugian atas kontrak yang telah ditandatangani?

Kalau benarlah Kerajaan BN hanya memberikan kontrak kepada rakan Perdana Menteri, sudah tentu banyak syarikat di negara ini yang akan lingkup dan bungkus memandang majoriti mereka tidak pernah bermain golf dengan Najib!

Jahat sungguh persepsi yang cuba dilontarkan Mahfuz kepada Perdana Menteri dan dia fikir niat jijiknya untuk memburuk-burukkan Najib dan BN itu akan berjaya?

Sepatutnya, Mahfuz perlu bertanya kepada Azizan Razak di Kedah tentang pemberian-pemberian kontrak “direct nego” yang diberikan kepada syarikat Quartzcity Global Resources Sdn Bhd, di mana “biras” Menteri Besar Kedah itu merupakan Pengarah Kedua di dalam syarikat tersebut.

Begitu juga dengan Khalid Gagap yang terang-terang meletakkan nama abangnya, Abdul Rahman Ibrahim sebagai “boss besar” Kumpulan “Penyangak Pasir” Selangor sehingga ditakuti oleh ramai kontraktor bumiputera di Selangor.

Mengapa Mahfuz tidak menghantar sms kepada Khalid untuk meletakkan motto “Gua Abang Khalid Gagap” sebagai motto syarikat “Raja Pasir” Selangor? Mengapa tidak letakkan gambar “Khalid & Brothers” sebagai logo korporat dan mengapa tidak tukar nama pejabatnya sebagai “Wisma Khalid”?

Atau Mahfuz perlu pulang ke Kedah dan bertanya Azizan Razak mengapa dia tidak ambil tahu tentang pemberian projek-projek mineral MBI kepada birasnya, Ikhram Shafiee?

Sedangkan khabarnya saudara Menteri Besar itu langsung tidak tahu tentang mineral sebelum PAS mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah!

Seperkara lagi, tidak ingatkan kemarahan Mahfuz kepada Azizan Razak berkenaan pemberian projek membina Kampus KUIN di Kuala Ketil kepada syarikat luar sehingga menyebabkan dia meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kedah Sato sebelum ini?

Apakah dia fikir Azizan pernah main golf dengan pemilik syarikat yang mendapat kontrak pembinaan kampus tersebut dan apakah syarikat itu sudah menukar nama pejabatnya kepada “Wisma Azizan Razak”?

Rasanya, Mahfuz perlu fikir 1,000 kali sebelum menyerang kerajaan, Najib mahupun UMNO/BN kerana segala hujahnya itu begitu bodoh untuk dilayan…

Sumber MYKMU



Tu Dia !!! Ngeh Koo Ham Buat Hal Lagi Mempersenda Halal dan Haram


Jika sebelum ini Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempersoalkan mengapa orang Islam membuang masa membuat bantahan terhadap filem yang menghina Islam, kini Koo Ham semakin maju dengan turut membicarakan mengenai halal dan haram produk jualanya.
Seperti yang kita tahu atau mungkin tidak tahu, Koo Ham adalah tokey rangkaian Old Town White Coffee.
So, ramai yang mempersoalkan mengapa kopi di rangkaian francais di bawah syarikatnya tidak menyediakan sijil halal.
Namun, Koo Ham menyediakan jawapan sendiri. Jawapan yang berbentuk permainan kata-kata.
Yang Koo Ham tidak tahu, sesetengah kopi itu adakalanya sarat dengan campuran gelatin babi. Jadi orang perlu tahu apa status kopi di restoran miliknya.

Video Eksklusif !!! PERKASA Mempertikai Ketegasan Peguam Negara Untuk Mendakwa Pengkhianat Negara

PERKASA mempertikaikan ketegasan Peguam Negara di dalam kegagalan mendakwa pihak yang cuba mencetuskan kekecohan dan isu yang melibatkan keselamatan Negara walau pun pihak berkuasa menyerahkan kertas siasatan untuk di dakwa.

Sekiranya Peguam Negara masih tidak ambil peduli akan kemelut ancaman pihak tertentu yang cuba menghuru-harakan keamanan Malaysia, maka tunggulah saat kehancuran negara di sebabkan kelemahan Peguam Negara membiarkan undang-undang di cabuli.




Laporan Penuh Belanjawan 2013 Untuk Rakyat Dari Kerajaan Malaysia

Ramai yang menyambut baik belanjawan 2013, bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" yang telah di bentangkan Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib Razak di Dewan Rakyat, berjumlah RM251.6 Billion kelmarin.

Friday, September 28, 2012

Tu Dia !!!! Biaq Betul Neelofa Bercuti Dengan Hans Isaac Di Thailand ??




 


Neelofa tak tolak andaian gambar disabotaj pihak tertentu


Niatnya untuk bercuti ke luar negara hanyalah bagi meredakan ketegangan serta melepaskan lelah selepas bekerja selama beberapa bulan tanpa henti. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.


Gara-gara gambar lokasi percutian yang disiarkan di laman Twitter miliknya, pelakon dan pengacara, Neelofa, diheret ke kancah kontroversi apabila didakwa percutiannya itu turut ditemani aktor, Hans Isaac, di Koh Samui, Thailand.

"Memang benar saya pergi bercuti baru-baru ini, tapi saya tidak pergi ke Koh Samui ataupun bersama Hans, seperti yang digembar-gemburkan di internet. Sebaliknya saya bercuti di Phuket bersama seorang kawan. Saya pergi ke sana Ahad lalu, manakala Hans ke Koh Samui lebih awal iaitu pada Khamis lalu bersama teman yang sering bermain golf dengannya” - Neelofa, Pelakon/ Pengacara

Gosip terbabit timbul apabila Hans pada masa sama turut menyiarkan gambar lokasi percutiannya di Twitter dan lokasi gambar itu didakwa punya persamaan dengan gambar dipaparkan Neelofa dalam laman sosialnya. Bermula saat itu, timbul pelbagai spekulasi, antaranya apakah pasangan teman tapi mesra ini sedang asyik memadu cinta di pulau peranginan terkenal terbabit?

Bagaimanapun, ketika ditanyakan perkara itu kepada si empunya diri, Neelofa berkali-kali menegaskan dia tidak bercuti dengan Hans seperti disangka banyak pihak.

“Memang benar saya pergi bercuti baru-baru ini, tapi saya tidak pergi ke Koh Samui ataupun bersama Hans, seperti yang digembar-gemburkan di internet. Sebaliknya saya bercuti di Phuket bersama seorang kawan. Saya pergi ke sana Ahad lalu, manakala Hans ke Koh Samui lebih awal iaitu pada Khamis lalu bersama teman yang sering bermain golf dengannya.

“Saya langsung tidak bertemu Hans sepanjang percutian itu,” tegas pelakon berusia 23 tahun ini, ketika ditemui, kelmarin.
Mengulas lanjut perkara itu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini berkata, dia tidak menolak andaian gambar percutiannya itu disabotaj sesetengah pihak.

“Adalah juga rasa sedikit menyesal kerana menyiarkan gambar panorama percutian saya itu, tetapi saya anggap ia sebahagian daripada rencah kehidupan seorang artis, yang tidak pernah sunyi dilanda gosip. Ingatkan, bila pergi bercuti saya dapat ketenangan, rupa-rupanya makin serabut apabila terpaksa berdepan dengan gosip seperti ini,” katanya sambil tertawa kecil.

Kontroversi babak pegang tangan

Ditanya apakah dia ada berkomunikasi dengan aktor serta pengarah tinggi lampai itu, Neelofa hanya menggelengkan kepala.

“Kalau ditanya pada dia pun, pastinya jawapan yang diterima adalah sama,” ujarnya ringkas.

Ternyata satu demi satu kontroversi melanda wanita ini. Sebelum ini, babak dirinya dan Nazim Othman berpegangan tangan sambil mengadap Kaabah seperti yang tersiar dalam episod terakhir drama rantaian, Kau Yang Terindah, minggu lalu mendapat kritikan banyak pihak kerana ia membabitkan soal muhrim.

Merungkai kemusykilan itu, Neelofa yang baru saja dilantik menjadi duta jenama tilam King Koil berkata, babak itu bukanlah dirakamkan di Makkah seperti didakwa.

“Penggambaran babak itu, terutama babak berpegang tangan itu kami buat di di Hotel Flamingo, Ampang. Untuk babak di Makkah, kami hanya rakamkan untuk full shot saja sebab hari sudah semakin cerah. Jadi semuanya kena disiapkan dalam keadaan yang tergesa-gesa,” ujarnya yang bakal kembali ke lokasi penggambaran tidak lama lagi, di bawah arahan sutradara terkenal, Osman Ali.


SUMBER : KLIK SINI

Bukti !!!! Kerajaan Malaysia Bukan Kerajaan Yang Zalim @NajibRazak




Belanjawan yang bertemakan " Memakmur Negara , Mensejahtera Rakyat Sebuah Janji Di Tepati " telah membuktikan bahawa kerajaan yang mentadbir Malaysia bukannya sebuah kerajaan yang zalim seperti apa yang sering di perkatakan Pakatan Haram.

Ternyata belanjawan 2013 yang di bentangkan Perdana Menteri Malaysia YAB DS Najib Razak bukannya satu gula-gula politik seperti yang di lakukan Pakatan Haram di dalam buku jingga yang menjijikan.

Panas !!! PAS Tak Dapat Terima Hakikat Bahawa Pakatan Haram Semakin Di Tolak





KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa berlaku penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa pada Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, bantahan yang dikemukakan beberapa pelajar berhubung keputusan PRK di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia perlu diteliti.
“Bantahan ini berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak Hal Ehwal Pelajar universiti yang dilihat memihak kumpulan Pro Aspirasi,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, katanya, DPPM mendesak semua keputusan PRK yang dipertikai mahasiswa digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat aduan yang timbul.
Beliau turut meminta pemantau luar seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam dibenarkan memantau pengundian semula PRK di setiap universiti.
Nasrudin turut meminta perlaksanaan kaedah pengundian secara online (e-voting) dimansuhkan dan pengendaliaan PRK diletakkan di bawah satu Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti.

Akhirnya Terkantoi Juga Malaysiakini Mendapat Dana Yahudi


AIDCNews – 24/09/12 – Selepas lama mendiamkan dirinya, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Mkini.dom, Premesh Chandran mengaku menerima sumbangan dana NED (National Endowment for Democracy) dalam penajaan portalnya itu.
Menurut Premesh, Malaysiakini menubuhkan Seacem pada tahun 2004 untuk membantu masyarakat sivil dan organisasi media dalam talian yang belum matang di Asia untuk menggunakan teknologi baru bagi menggalakkan kebebasan akhbar, hak asasi manusia dan demokrasi.
"Seacem telah melatih organisasi berkenaan tentang bagaimana hendak membina laman web yang lebih baik, meningkatkan keselamatan dalam talian, menggunakan media sosial, membangunkan produk video dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan media baru.
"Malaysiakini adalah laman web pertama seumpamanya di rantau ini dan Seacem adalah cara terbaik untuk kami berkongsikan kepakaran kami yang telah dibangunkan sejak 13 tahun lalu," kata Premesh dalam kenyataan media 21 September.
Premesh menjawab laporan media mengenai kontroversi berkaitan pembiayaan dana yang disediakan oleh NED yang beribu pejabat di Washington kepada kumpulan hak asasi manusia Suaram dan pelbagai kumpulan lain di Malaysia, termasuk Malaysiakini.

Dari kiri, Debbie Stothard (the Alternative ASEAN Network on Burma - Altsean-Burma), Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (PKR) dan Teresa Kok (DAP), dalam program World Movement for Democracy (WMD) anjuran NED di Turki

http://cima.ned.org/events/past-events/2009-events/blogosphere-of-influence
Portal itu turut melaporkan, Malaysiakini menerima geran bukan sahaja daripada NED tetapi juga dari penyumbang-penyumbang dana antarabangsa yang lain untuk menyokong projek-projek khas yang dijalankannya.

Selanjutnya baca http://www.anwaraidc.com/?p=27798
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog