pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, May 1, 2012

Panas!! Nik Aziz rasa gembira dengan apa yang telah terjadi dalam BERSIH 3.0

Pisau Kedah beristighfar panjang apabila mengetahui pengakuan Nik Aziz,orang tua terkutuk.bertopengkan tok guru tapi di dalamnya berisikan nafsu,bacalah pengakuan Nik Aziz ini..


Nik Aziz Mengaku Beri Wang Peribadi Kepada Peserta Bersih 3.0 

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam. 

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan. 

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi. 

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, Ahad. 

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara. 

Ketika ditanya adakah PAS turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya. 

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas. 

Beliau juga menafikan dakwaan penyokong PAS telah bertindak ganas dalam perhimpunan itu dan menyalahkan pihak lain yang memulakan tindakan tersebut sehingga memukul beberapa anggota media dan polis yang bertugas. 

"Saya tak hadir (pada perhimpunan haram itu) sebab uzur. Dari laporan yang saya terima mereka jadi begitu kerana ada sebab. Tak kan keluar rumah nak tinggal anak bini sanggup buat macam itu. 

"Orang PAS dididik berakhlak dan berdisiplin. Mesti ada sebab mereka jadi berang dan saya yakin orang PAS tak buat perkara itu," katanya yang melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tersebut. 

beliau berkata terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyiasat perkara itu. BERNAMA



Mari kita lihat gambar ini,,apakah ini yang di katakan ahli PAS yang berakhlak??dah terbukti gambar berkenaan adalah Ahli Unit Amal PAS


dan video ini



Apakah yang melakukan merupakan orang BN atau dari pihak polis??sekiranya semua ini merupakan orang BN atau Polis sila dedahkan dan buktikan


Dalam keadaan sekarang pemimpin pihak pakatan haram cuba menunding antara satu sama lain.yang menjadi mangsa merupakan pihak polis

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog