pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, May 19, 2012

Terkini !!!..Nik Aziz mula bermain sandiwara untuk BERMUZAKARAH...


Nik Aziz mula bermain sandiwara di dalam bermuzakarah yang cuba di wujudkan Hadi Awang Presiden PAS.ternyata niat untuk bermuzakarah di antara PAS dan UMNO di tentang Nik Aziz seperti juga sebelum ini apa bila sesetengah dari pemimpin di dalam PAS bersetuju bermuzakarah dengan UMNO namun di halang oleh Nik Aziz dengan alasan PAS memperjuangkan Islam,UMNO memperjuangkan Melayu..sedangkan kalau di perkatakan Melayu di Malaysia,ianya berkait rapat dengan Agama Islam,dan jika di perkatakan Agama Islam di Malaysia ianya berkait rapat dengan Melayu

Lihatlah apa kenyataan terbaru Nik Aziz setelah Hadi Awang membuka pintu untuk bermuzakarah demi kepentingan Islam,dan UMNO bersedia bermuzakarah demi kepentingan Islam.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. 
"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.-Nik Aziz

Nik Aziz tidak perlu meletakan syarat sebegitu sekiranya mahu bermuzakarah.,menukar dasar parti ianya sudah terkeluar tujuan untuk bermuzakarah.sekiranya Nik Aziz mempertikai dasar UMNO,yang di katakan tidak Islam,bagaimana pulak dasar PAS dari memperjuangkan Negara Islan di tukarkan kepada Negara Kebajikan hanya kerana mahu bersama Pakatan Rakyat setelah Karpal Singh mempertiakai Dasar Negara Islam yang di bawa PAS,kemana perginya maruah dasar perjuangan Islam PAS ketika Karpal Singh meminta melangkah mayatnya dulu sebelum mahu melaksanakan Negara Islam sekiranya mahu melaksanakan Negara Islam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.Mengapa PAS tidak juga lantang bersuara mempertahankan maruah dasar perjuangan Negara Islam?

 

 Mengapa perlu Nik Aziz meletak syarat yang begitu bodoh?" UMNO kena terima PAS sekali dengan Pakatan Rakyat"..bukan itu satu syarat yang tidak masuk akal,untuk menerima DAP adalah satu perkara yang sukar,kerana DAP merupakan parti yang mempertikai Hak Orang Melayu,sedangkan ternyata bila mempertikai Hak orang Melayu,seumpama mempertikai Hak Islam,kerana seperti yang telah di sebut,apabila di sebut Melayu ianya berkait rapat dengan dengan Agama Islam,dan begitu juga di sebut Agama Islam di Malaysia,ianya berkait rapat dengan Melayu.apakah PAS tidak nampak permainan halus dari DAP?

Ternyata Nik Aziz lebih pentingkan politik dari pentingkan Umat Islam..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog