pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, May 21, 2012

Panas !!! Nik Aziz sakit hati apabila Hadi Awang tetap tidak akan bertanding dan memerlinya



Apakah dengan kenyataan Hadi Awang ini seumpama memerli Nik Aziz saja,al maklum la Nik Aziz kan nak bawa politiknya sehingga ke lubang kubur...bawa bertaubat la Nik Aziz oii,,dok menjaminkan syurga untuk yang mengundi PAS,,sedangkan Nik Aziz pun belum tentu masuk syurga ka tak...


Hadi akan cari calon pengganti sebelum berundur, kekal tidak bertanding PRU 
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan keputusannya untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang walaupun kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) memintanya mengkaji semula keputusan tersebut.

Hadi sebaliknya berkata, beliau sendiri akan mencari calon terbaik bagi menggantikan dirinya untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didudukinya di kawasan parlimen Marang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

"Jika mereka tidak berpuas hati dengan calon pilihan saya, saya akan terus mencari. Saya bertanggungjawab dalam hal ini dan akan terus mencari calon yang sesuai hingga mereka melepaskan saya," kata pemimpin veteran PAS berusia 65 tahun ini.

Hadi (gambar) dilantik menjadi Presiden selepas menggantikan Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.

Beliau mengharapkan parti dan rakan PR akan menghargainya memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 30 tahun dan empat penggal sebagai Ahli Parlimen.

Hadi yang pernah tewas pada 2004 berkata, beliau telah terlalu lama dalam politik dan telah tiba masanya untuk beliau berundur.

Dipetik akhbar The Sunday Star, Hadi dalam temuramah khas di pejabat agung PAS di sini menjelaskan, dirinya letih kerana perlu menjelajah ke seluruh negara.

"Saya penat. Sebagai presiden, saya perlu melawat ke seluruh negara. Sebagai wakil rakyat, saya perlu melawat kawasan saya.

"Saya rasa seperti mengabaikan kawasan saya kerana saya perlu berjauhan dengan Terengganu. Jadi lebih baik jika ada orang yang menggantikan saya," katanya.

Saya harap akan terus dibenarkan untuk fokus dalam hal ehwal parti," tambahnya yang akan mengekalkan kerusi presiden.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-akan-cari-calon-pengganti-sebelum-berundur-kekal-tidak-bertanding-pru/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog