pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, May 18, 2012

Tu Dia...kerana takutkan DAP terhadap Tunku Abdul Aziz Teresa Kok buat kenyataan yang bodoh

SHAH ALAM: DAP mengambil keputusan untuk berdiam diri terhadap kenyataan bekas naib pengerusi, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dianggap penuh emosi.

"Saya rasa Tunku Aziz ini berada dalam tahap terlalu emosional sehingga beliau mengeluarkan bermacam-macam kenyataan," kata Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Teresa Kok ketika dihubungi AntaraPos.com sebentar tadi.

Katanya lagi, DAP mengambil pendekatan tersebut selepas menyedari tindakan Tunku Aziz yang cuba mencanang kepincangan dalam DAP setelah beliau mengambil keputusan untuk keluar parti awal minggu lalu.

"Dengan situasi Tunku Aziz sekarang, cakap yang bukan-bukan, adalah lebih baik untuk kami untuk tidak balas balik," tambahnya.

Ditanya mengenai dakwaan bekas Senator itu cuba "dirasuah" oleh kepimpinan DAP agar beliau kekal bersama parti itu, Teresa berkata tuduhan harus disertakan dengan bukti.

"Saya tidak tahu macam mana mahu menjawab tuduhan seperti itu tanpa bukti," tegasnya lagi.

Tunku Aziz yang bertindak keluar parti secara lantang mengkritik DAP menerusi media arus perdana dengan mendedahkan dakwaan ketidaktelusan parti itu dalam aspek pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Beliau turut mendakwa taktik kotor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menghubungi beliau untuk memujuknya agar tidak keluar parti selain tawaran menjadi Felow Kanan Institut Penang dan ganjaran elaun RM50 ribu menerusi setiausaha politiknya Zairil Khir Johari.

Namun ahli politik veteran itu menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali mengubah keputusannya dan kembali menyertai DAP walaupun dipujuk untuk berbuat demikian.

Tunku Aziz menegaskan bahawa beliau sebagai seorang ahli politik yang berprinsip dan pendirian beliau untuk meninggalkan DAP dibuat berdasarkan pertimbangan rasional tanpa dipengaruhi emosi. - antarapos.com

2 comments:

Anonymous said...

watch out LGE... dengar kata dia tak cakap kosong .

Anonymous said...

It's about time :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog