pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 23, 2012

FELDA antara kebenaran dan penipuan siapa yang bermain politik kotor?



Alhamdulillah kalau begini sikap yang tunjukan walau pun berbeza fahaman parti politik,rasa bersyukur di atas pemberian yang di terima,dan harap janganlah di ikutkan individu seperti Mazlan Aliman yang tak tahu bersyukur ke atas rezeki yang di limpahi kepada peneroka.

Di harap ahli-ahli PAS yang menjadi peneroka dapat berfikir kebaikan yang di lakukan Kerajaan,janganlah sesuatu kebaikan di perburukan,dan keburukan yang tiada asasnya di jadikan penghalang kepada bersikap sentiasa bersyukur ke atas kenikmatan yang di perolehi hanya kerana ketaksuban terhadap kepentingan  politik yang membinasakan diri.

Walau Pisau Kedah bukan anak peneroka yang dapat menerima Durian Runtuh,Pisau Kedah rasa bersyukur di atas apa yang di perolehi peneroka sekeluarga,tiada sebab Pisau Kedah nak rasa iri hati ke atas rezeki yang melimpah-limpah kepada peneroak dan keluarga,bagi Pisau Kedah itu rezeki yang di tetapkan Allah S.W.T..dan berbaloi di atas keringgat dan titik peluh peneroka yang selama ini di curahkan mereka.

Sikap Mazlan Aliman,Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang menentang tindakan langkah-langkah FELDA menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke pasaran Utama Bursa Malaysia adalah hanya kerana niat buruk politik,bukannya demi kepentingan warga peneroka,dan tidak hairanlah Mazlan Aliman yang juga merupakan orang yang mempunyai kepentingan jawatan di dalam politik parti PAS juga di kritik oleh rakan sealirannya dan menganggap Mazlan Aliman melakukan perkara yang sia-sia untuk Pakatan Rakyat hanya kerana mahukan Dana untuk di salurkan kepada ANAK yang menjadi jurucakap Pakatan Rakyat di dalam Felda..



KENYATAAN bahawa Mazlan Aliman sebagai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) gagal menghalang mesyuarat agung luar biasa (EGM) Koperasi Peneroka Felda (KPF) yang dijadualkan esok, sedikit sebanyak telah memalukan PAS dan peneroka Felda yang tidak bersetuju dengan cadangan penyenaraian tersebut.
Kita diberitahu bahawa majoriti besar dari keseluruhan 112,635 orang peneroka Felda di seluruh negara tidak bersetuju dengan penyenaraian itu tapi peliknya kenapa Mazlan Aliman gagal untuk mendapatkan 1/5 atau 100 orang peneroka pun  untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia? 
100 orang dari keseluruhan 112,635 orang pun susah nak dapat?
Persoalannya sekarang, benarkah maklumat yang disampaikan Mazlan Aliman kepada kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat bahawa majoriti besar peneroka Felda menentang cadangan penyenaraian tersebut. 
Penulis akui, baru-baru ini Mazlan Aliman berjaya mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang KPF berbincang atau membuat  keputusan untuk melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures  Holdings Berhad (FGVH).  Tapi adakah itu isu sebenarnya, menghalang KPF berbincang untuk melupuskan ekuitinya kepada FGVH? 
Yang penulis difahamkan ialah usaha sebenarnya ANAK sebelum ini ialah menghalang penyenaraian FGVH itu sendiri, bukan soal pelupusan ekuiti KPF!!  Buktinya seperti dalam kenyataan Mazlan Aliman yang dipetik dari Keadilan Daily pada 16 Februari:-

Ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) menuntut mesyuarat agung khas (EGM) bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. 
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, peneroka berkenaan berhak berbuat demikian mengikut Fasal 29(1) undang-undang kecil koperasi tersebut. 
 
Mazlan berkata, mensyuarat itu boleh diadakan oleh satu perlima daripada pemegang saham atau 100 perwakilan berdasarkan Seksyen 40(1) Akta Koperasi 1993.
Keadilan Daily 
 Peliknya Mazlan Aliman dipetik Harakah Daily hari ini sebagai berkata:- 
“Kita tak halang EGM, tetapi isu-isu yang hendak dibincang itu adalah perintah mahkamah yang harus dipatuhi, 
Harakah Daily
Apa masalah sebenarnya disini?  Sekejap nak menentang mesyuarat agung dari diadakan, sekejap tak menghalang pula. 
Ini belum lagi kita bercakap kebarangkalian tindak balas KPF yang boleh dikemukakan pada bila-bila masa hari ini untuk menolak injuksi awal yang diperolehi 8 peneroka terbabit.  Semua pihak perlu faham, perintah injuksi ini dibuat secara sebelah pihak (ex-parte) dalam kamar Yang Arif Hakim, bukan perbicaraan sebenar di mahkamah. 
Oleh itu, kebarangkalian untuk perintah injuksi ini dibatalkan setelah menerima jawapan balas defendan adalah tinggi. 
Penulis suka nak mengingatkan kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat, telah banyak wang, masa dan tenaga kerja parti dikorbankan untuk membiayai program dan kes-kes mahkamah membabitkan ANAK.  Semuanya demi memastikan nasib dan tanah peneroka tidak tergadai untuk menjayakan inisiatif mengumpulkan dana pilihanraya UMNO dan BN. 
Sedangkan, hasilnya masih lagi mengecewakan kita semua.  Seolahnya, Mazlan Aliman telah memperdayakan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menyalurkan dana kepada ANAK bagi menjayakan usaha yang seakan nampak sia-sia. 
Sebelum masalah ini berterusan dan menjadi ‘bala’ kepada Pakatan Rakyat, penulis ingin menggesa supaya Mazlan Aliman dipecat dari mengendalikan ANAK dan seorang tenaga muda baru dipilih bagi memimpin organisasi tersebut – dengan arah tuju perjuangan yang betul.


Jika di lihat dalam penulisan dari lidah media Pakatan Rakyat ternyata ANAK mendapat dana dari Pakatan Rakyat dan ANAK yang menjadi jurucakap Pakatan Rakyat di dalam FELDA mengunakan alasan tanah peneroka tergadai kerana penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang di katakan untuk dana PRU 13 BN/UMNO..

Semua sedia maklum,Pakatan Rakyat merupakan musuh politik bagi BN/UMNO yang menjadi Kerajaan di Malaysia,untuk mencapai matlamat Pakatan Rakyat dalam PRU13,Pakatan Rakyat perlu mengagalkan usaha Kerajaan untuk warga peneroka FELDA supaya Kerajaan di lihat sebagai zalim dan berharap undi PRU 13 dari peneroka FELDA memihak kepada Pakatan Rakyat,itu saja matlamat Pakatan Rakyat dan bukannya Pakatan Rakyat mahu membela nasib peneroka FELDA.,Tanah peneroka tergadai hanyalah alasan sahaja,dan masih belum dapat di buktikan Mazlan Aliman bahawasanya FELDA mahu mengadaikan tanah peneroka FELDA.

Kerajaan telah menjaminkan peneroka FELDA akan mendapat manfaat dari penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam bursa utama Malaysia.tidak logik bagi kerajaan mahu mengadaikan tanah peneroka FELDA sekiranya untuk kepentingan politik kerana Kerajaan Malaysia yang di bawah pentadbiran BN perlukan sokongan berterusan dari warga peneroka FELDA.

PADANG BESAR 27 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa masyarakat Felda akan terus menikmati segala kelebihan yang diperolehi sekarang selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia kelak. 
Perdana Menteri berkata, kelebihan seperti bonus tahunan dan duit raya akan terus dinikmati semua warga Felda, malah jumlahnya mungkin bertambah berbanding sebelum ini.
"Saya beri jaminan, bila Felda disenaraikan (di Bursa Malaysia), semua yang masyarakat Felda sudah dapat sebelum ini akan diteruskan. 
"Saya memegang amanah Allahyarham ayahanda (Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussain)... saya tidak akan mengkhianati apa yang diperjuangkannya, saya tidak akan buat sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan kepada Felda,” katanya pada majlis Tinjauan Mesra Rakyat di Felda Chuping, dekat sini. 
Katanya, dengan penyenaraian di Bursa Malaysia, Felda akan menjadi sebuah komoditi bertaraf antarabangsa dan bukan lagi hanya menjadi pengeluar getah atau sawit.
Sumber :BERNAMA


Allah S.W.T mengurniakan pemikiran kepada manusia supaya manusia dapat berfikir dengan warasnya,tak perlulah peneroka FELDA mengikut hawa nafsu seperti Mazlan Aliman dan mengetepikan permikiran yang waras,tujuan Mazlan Aliman ternyata hanya bersifat politik kotor,mengagalkan matlamat Kerajaan Malaysia untuk membela nasib peneroka sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog