pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, May 17, 2012

Panas !!! BAR Council telah di saman Peguam..


KUALA LUMPUR, 16 Mei - Seorang peguam, pada Rabu, memfailkan saman terhadap Majlis Peguam, presidennya Lim Chee Wee dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam, minggu lepas.
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defendan pertama manakala Badan Peguam, Lim dan setiausaha Majlis Peguam Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan kedua hingga keempat.
Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang merupakan salah seorang ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei lalu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.
Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injunksi melarang defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut.

Lihatlah Video bagaimaana Bar Council di hantam 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog