pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, May 31, 2012

Balak Baling..PAS hanya menati masa untuk rebah di bumi Baling




Mungkin Orang tak tahu nasib yang di terima penduduk di sekeliling kawasan pembalakan di Baling,Keluarga Pisau Kedah juga tinggal di kawasan berhampiran kawasan balak Baling.Pisau Kedah tahu bagaimana peritnya yang di lalui penduduk kampung di sekitar kawasan kawasan berhampiran pembalakan.





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan Menteri Besar Kedah Azizan Razak sebagai pelawak apabila tidak memandang serius desakan orang ramai mengenai pembalakan di Baling. 
"Membaca reaksi Azizan yang berkata air sungai itu keruh kerana hujan lebat dan beliau menyindir pemuda pemudi yang membuat demo itu, saya rasa kenyataan itu hanya sesuai dibuat oleh seorang pelawak," katanya.

"Beliau sepatutnya memandang serius perkara berkenaan kerana melibatkan kepentingan rakyat. Mereka bersuara kerana gelisah dengan apa yang berlaku. Tetapi Azizan memperkecilkan suara rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan kerajaan persekutuan kepada 25 persatuan pemandu teksi dan 43 persatuan penjaja di Anak Bukit hari ini.

Ahmad Bashah berkata air keruh itu berpunca daripada hujan yang turun yang membawa bersama hakisan tanah.

Hakisan tanah itu berlaku kerana sudah tiada pokok yang menguatkan struktur tanah, katanya.

"Daripada maklumat penduduk, dahulunya sungai itu airnya jernih dan digunakan untuk saluran air masyarakat tetapi sekarang sudah tidak boleh digunakan kerana sudah kotor," katanya.

Ahmad Bashah berkata rakyat mahu melihat tindakan dan bukannya penafian.

"Ambil tindakan segera sama ada arahkan berhenti pembalakan itu dan kaji semula pembalakan di situ, bukannya memperlekehkan mereka yang bersuara. Mungkin Azizan perlu meninjau sendiri masalah rakyat di sekitar Baling abru beliau memahami penderitaan mereka kerana pembalakan," katanya.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog