pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 23, 2012

Peluang perniagaan !!! 60 tapak perniagaan berhadapan dengan rumah Ambiga untuk menampung kerugian akibat BERSHIT 3.0


Siapa yang berani mahu menafikan hak mereka ini untuk berniaga mencari rezeki?apakah perniaga ini tidak mempunyai hak seperti manusia lain setelah BERSHIT terbukti mendatangkan kerugian pada mereka ini.


 
Sebahagian peniaga dan penjaja yang mengalami kerugian ekoran perhimpunan haram Bersih 3.0 bertindak nekad mengecat 60 petak perniagaan di kawasan kediaman rumah Pengerusinya, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara. 
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, tindakan itu merupakan simbolik pendirian golongan peniaga yang tidak mahu berganjak daripada niat untuk berniaga di situ pada Khamis dan Jumaat ini. 
"Hari ini kami buat petak sebab lusa nak berniaga. Kawasan ini lokasi yang 'berpotensi' untuk berniaga. 
"Kita jemput orang ramai datang dari pukul 3 petang hingga 8 malam untuk beli barang-barang jualan peniaga sebagai sokongan bantahan ini,'' katanya ketika ditemui di Jalan Setiakasih 1, di sini. 
Jamal berkata, pihaknya menawarkan tapak gerai di depan rumah Ambiga pada harga bidaan bermula RM2,000. 
"Petak-petak yang lain pula ditawar pada harga RM100. Mereka yang mahu turut serta atau mahu membida tapak gerai di depan rumah Ambiga boleh ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi esok,'' katanya. 
Beliau berkata, permohonan untuk berniaga di kawasan itu akan dilakukan esok.
"Kami golongan peniaga tak tahu sangat undang-undang kerana kami hanya tahu cara nak cari makan. 
"Kita buat dulu sebab pihak yang buat Bersih walaupun mereka pendukung undang-undang pun buat perhimpunan haram,'' katanya. 
Mengulas gesaan Naib Presiden Gerakan, Mah Siew Keong supaya bantahan di hadapan kediaman persendirian dihentikan, Jamal berkata, mana-mana pihak yang membantah seharusnya mengemukakan penyelesaian terhadap kerugian yang ditanggung peniaga.
"Sila maklumkan kepada kami siapa yang bertanggungjawab atas kerugian golongan peniaga pada perhimpunan Bersih 3.0,'' kata beliau. 
Sebelum ini, Pertubuhan Ikhlas bertindak membuka gerai burger manakala 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan senaman 'tonggeng' di hadapan rumah Ambiga sebagai bantahan.-UTUSAN-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog