pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, May 29, 2012

Ahli Majlis Fatwa menempelak Nik Aziz sebagai "Melampau" kerana terlalu taksub terhadap DAP yang jelas mahu merosakan Islam




"Melampau" itulah yang di sifatkan Tan Sri Harussani terhadap Nik Aziz kerana cuba mengagalkan muzakarah antara PAS dan UMNO bagi menyatu padukan umat Islam dengan meletakan syarat yang terlalu sukar di terima.

“Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam.“Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan ‘kerusi’ sahaja," katanya.


PAS yang meletakan syarat supaya UMNO menerima PAS sekali dengan DAP dan PKR adalah satu perkara tak mungkin berlaku,Nik Aziz mengunakan kesempatan ini untuk mengagalkan muzakarah dengan alasan UMNO tak dapat menerima DAP dan PKR.

Terlalu sukar bagi UMNO untuk menerima syarat yang di tetapkan,kerana bagi UMNO,DAP merupakan sebuah parti yang dari segi dasarnya cukup lantang menentang sebuah Negara Islam,dan merupakan parti yang cukup rasist mempertikai hak ketuanan melayu.

PAS ternyata di perbodohkan DAP,kerana turut sama bersetongkol bersama PKR untuk menyokong tindakan DAP yang mahu menghapuskan ketuanan melayu.PAS terlupa dengan menghapuskan hak keistimewaan orang melayu yang menjadi tuan di Malaysia umpama menghapuskan hak umat islam.

Kita jangan lupa,di Malaysia sekiranya di perkatakan orang Melayu,ianya berkait rapat dengan Agama Islam dan jika di perkatakan Islam di Malaysia ianya berkait rapat dengan Melayu..menghapuskan ketuanan Melayu seolah menghapuskan Kedaulatan Sultan yang menjadi payung Negara,yang menjadi payung Agama  Islam di Malaysia.

Ternyata PAS yang begitu tamakan kerusi dalam politik,sangup memperdagangkan nasib Melayu di Malaysia,nasib Agama Islam di Malaysia.


KUALA TERENGGANU 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan pendekatan kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘melampau’. 
Ini kerana, katanya, tindakan Nik Abdul Aziz menetapkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO dianggap seperti tidak mahu melihat perpaduan antara umat Islam sedangkan ia merupakan tuntutan agama. 
“Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam.
“Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan ‘kerusi’ sahaja," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengawalan dan perlesenan percetakan al-Quran, di sini hari ini.-utusan-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog