pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 23, 2012

Panas edisi pembongkaran !!!! Pulun Kedah Pulun,,siapa yang bersalah di sebalik kejatuhan Bola Sepak Kedah?..


apakah kita nak biarkan ini terus jadi kenangan?

Team Media Kedah percaya peminat bola sepak Kedah pernah bersorak bangga apabila pasukan bola Sepak Kedah berjaya mencipta sejarah memenangi ketiga-tiga piala selama dua tahun berturut-turut. Selama dua tahun kita memenangi ketiga-tiga piala dibawah pengurusan yang sama, jurulatih yang sama dan pemain Kedah juga yang sama. Malah pemain import juga dikekalkan. Untuk mengingatkan kembali zaman kegemilangan pasukan Kedah,Team Media Kedah sertakan video dibawah untuk tontonan semua.



Kenapa selepas itu, pasukan bola sepak Kedah prestasinya menurun? Apakah punca sebenarnya, kejatuhan pasukan bola sepak Kedah? Untuk mengetahui jawapannya, tengok dulu video dibawah ni.


Untuk pengetahuan pembaca dan peminat bola Kedah. Selepas BN kalah di Kedah pada tahun 2008. Kerajaan negeri Kedah dikuasai oleh Pas, ini bermakna organisasi tertinggi didalam KFA juga berubah. Malah presiden KFA juga dipegang oleh Ustaz Azizan (ishh Azizan lagi).

Pada mulanya memang tidak memberi sebarang kesan. Setelah beberapa bulan (Pas menjadi kerajaan negeri), Pengurus pasukan bola sepak Kedah, Datuk Othman Aziz yang di cop orang 'UMNO' didalam KFA, telah ditekan dan difitnah berulang kali sehingga beliau meletak jawatan sebagai pengurus. Ini semua terjadi kerana tekanan politik, dan KFA telah di politikkan oleh individu tertentu.

Selepas pasukan Kedah kehilangan seorang pengurus pasukan yang berjaya. Kemudian, pasukan Kedah juga kehilangan ramai pemain berbakat besar, akibat lari dari kemelut yang melanda pasukan Kedah. Kesan daripada kehilangan pemain, hingga merosakkan strategi jurulatih, Azraai Khor juga undur diri dari pasukan Kedah kerana tekanan yang dihadapi oleh beliau.

Tahukah anda, semua ini terjadi apabila kerajaan Pas mula memegang tampuk kerajaan negeri. Malah pentadbiran KFA juga telah dipolitikkan oleh mereka. Akibat permainan politik yang melampau, akhirnya pasukan bola sepak Kedah yang rebah dan tidak bermaya.

Selepas 2007,  bola sepak Kedah tidak lagi memperolehi apa-apa lagi kejayaan. Malah tahun ini paling teruk! Pasukan Kedah telah mengharungi 17 perlawanan. Namun hanya menang 6 kali dari 17 perlawanan. Akibatnya pasukan Kedah sekarang sudah hampir tersingkir untuk ke Liga Perdana (Liga level 2).

Bagaimana untuk kita selamatkan maruah bola sepak Kedah kembali.. semalam Mc pergi berjumpa dengan bekas pengurus pasukan Kedah yang hebat tu, Datuk Othman Aziz, setelah berbual dengan beliau.Team Media Kedah percaya beliau ada 'rahsia' dan strategi untuk kembalikan maruah pasukan bola sepak Kedah. Tak payah cakap banyak, tengok video dibawah...

Anda tak boleh nafikan peranan beliau semasa 2006 dan 2007, kerana beliau memang berjaya dan buktikan apa yang beliau katakan.Team Media Kedah rasa, rakyat Kedah perlu melakukan sesuatu selepas ini.. selama 3 tahun pasukan Kedah (pentadbiran Pas juga 3 tahun) tidak memperolehi apa-apa kejayaan, malah dimalukan saja. Apa kata kita cuba kaleh balik kerajaan negeri ke BN. Lepas tu kita tengok adakah pasukan bola sepak Kedah dapat kembali ke landasan kemenangan, atau Datuk Othman Aziz hanya bercakap kosong?

Kalau ikut track record,Team Media Kedah percaya beliau dapat lakukannya... takkan kita nak tunggu pasukan Kedah hancur lebur lunyai baru kita nak sedar? adehh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog